suria

Tandatangan perjanjian tak sekat kreativiti Aina Abdul berkarya di pentas AJL35 - “Lagu Sumpah pun kita ikut guideline, bukan main buat”

Aina tak bimbang produksi AJL35 wajibkan finalis tandatangan perjanjian elak kontroversi.

TINDAKAN penganjur mewajibkan setiap finalis Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) menandatangani satu surat perjanjian bukanlah penghalang untuk mereka berkarya dalam menyampaikan persembahan itu nanti.

Menurut salah seorang finalis yang bertanding dalam AJL35 iaitu Aina Abdul, dia berpendapat perjanjian tersebut sama sekali tidak menyekat kreativitinya dalam membuat persembahan pada malam itu.

“Bagi saya ia sama sekali tidak menyekat kerana kami dan team akan terus cuba buat persembahan yang sinonim dgn lagu Semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul tak kecil hati bakat seni lambat dihargai - “Alhamdulillah perjalanan sekarang lebih mudah”

“Saya tak rasa itu menyekat kreativiti dan kami akan teruskan apa yang termampu... seperti persembahan lagu Sumpah tahun lalu kita ikut guideline diberi dan bukan main buat sahaja! Itu adalah hasil meeting dan perbincangan dengan semua pihak tapi benda dah nak jadi!

“Apa-apa pun saya tak gusar atau gentar cuma saya tak sabar nak tahu tarikh baharu supaya kami boleh bersiap sedia dan lakukan yang terbaik, ” katanya kepada mStar.



Persembahan kontroversi Aina Abdul di AJL34 tahun lalu.

Tahun lalu, penampilan Aina Abdul menerusi lagu Sumpah menerima kritikan apabila busananya pada malam itu disifatkan seolah-olah memberikan gambaran bunuh diri sehingga menerima kecaman pelbagai pihak.

Enggan isu sama berulang, pihak produksi AJL35 telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan mewajibkan setiap finalis AJL35 menandantangani satu surat perjanjian.

Penerbit Eksekutif AJL35, Nurhul Huda Khalid berkata langkah itu terpaksa diambil bagi memastikan kesemua finalis memahami dan mengikuti segala garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak produksi.

Saya jadikan pengajaran tapi saya tak menyesal... saya sayang persembahan itu!

AINA ABDUL

PENYANYI

Sementara itu, Aina berkata dia menjadikan insiden itu sebagai pengajaran, namun sama sekali tidak menyesali dengan apa yang berlaku.

“Saya jadikan pengajaran tapi saya tak menyesal... saya sayang persembahan itu, kami berpegang teguh dengan apa tujuan dan matlamat kami selitkan elemen itu dalam persembahan.

“Kami ada alasan sendiri tapi saya tak boleh nak tutup mulut dan komen orang. Itu adalah persembahan pertama saya yang boleh dibanggakan.

“Kali ini kita akan cuba memikat penonton dengan cara lain dan bukan bermain dengan cara selamat. Saya harap persembahan kelak akan diterima dan orang faham dengan apa yang disampaikan, ” ujarnya.



Aina kini sedang rangka promosi single duet terbaharu bersama Khai Bahar berjudul Nafas Cinta.

AJL35 yang sepatutnya berlangsung pada 7 Februari ini terpaksa ditunda ke satu tarikh baharu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Anugerah berprestij itu akan dihoskan oleh trio pengacara iaitu Awal Ashaari, Sherry Alhadad dan Haziq Hussni.

Sebanyak 12 lagu akan bertanding iaitu Semalam nyanyian Aina Abdul, 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo, Luca Sickta), Belenggu Rindu (Wany Hasrita, Datuk Jamal Abdillah), Peluang Kedua (Nabila Razali), Hati (Hael Husaini), Hutang (Floor 88), Gila (Kaka Azraff, Noki, Loca B), Eh (Zizi Kirana), Kau Sakiti (Amir Masdi), Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter), Gundah (Ernie Zakri) dan Aku Bidadari Syurgamu (Aishah).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain