suria

Lama menyepi… Waris akui tiada permintaan untuk kembali dalam industri seni - “Biar mereka tentukan saya patut comeback atau tak”

Waris jawab soalan peminat mengenai lagu baharu.

LAMA tidak muncul dengan lagu baharu, penyanyi rap Waris menerima pertanyaan peminat yang mahu dia kembali semula memeriahkan industri muzik tanah air.

Menerusi perkongsian di Instastory, Waris atau nama sebenar Muzammil Alias, 32, berkata dia belum bersedia untuk membuat kemunculan semula kerana menyedari tiada sambutan daripada pendengar.

“Saya tak marah bro, terima kasih atas pandangan tapi masih tidak buat saya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dah tak tahan, mereka tak reti nak respek!” - Waris mahu tukar nama kerana rasa kurang dihormati

“Biar mereka tentukan sama ada saya patut comeback atau tidak kerana jika tiada permintaan, saya tak akan buat, ” katanya.

Penyanyi lagu Gadis Jolobu ini berkongsi paparan skrin menjawab soalan seorang peminat di laman Instagram.

Waris jawab soalan peminat di Instagram.

Pengikut berkenaan meminta Waris membuat kemunculan lagu baharu dan menaikkan semula industri muzik Hip Hop

“Waris comeback please... hiphop nowdays is suck! For real... jangan marah saya, hanya bagi pandangan. Salute Negeri Sembilan, ” mesej ditulis seorang pengikut.

Pada tahun 2019, Waris tampil dengan lima lagu antaranya 3 Kata gandingan bersama Zizi Kirana, Pulang Merantau (Noryn Aziz) dan Pengakuan Sang Pendosa.

Waris belum terfikir untuk tampil dengan karya baharu.

Bercakap mengenai dunia lakonan, Waris pernah memberitahu dia tidak berhasrat untuk meneruskan karier dalam bidang lakonan selepas pertama kali membuat kemunculan dalam filem This Is Pilah: The Movie pada tahun 2018.

Keputusan itu dibuat kerana dia tidak mempunyai minat mendalam dalam dunia lakonan dan penampilannya dalam filem itu sekadar mencuba.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain