PERNAH melalui pengalaman dijangkiti wabak Covid-19, pelakon Ashraf Muslim meluahkan rasa sedih apabila menerima mesej daripada individu yang kini berdepan dengan ujian yang sama. Menerusi laman Instagram Ashraf atau nama sebenarnya Muhd Ashraf Muslim, memohon agar semua mendoakan individu tersebut dan ibunya kini dirawat di Pusat Rawatan Rapi (ICU) disebabkan Covid-19. ARTIKEL BERKAITAN: Ashraf Muslim kesal masyarakat bersikap sambil lewa dengan bahaya Covid-19 - “Bila kes naik mendadak semua jadi kelam-kabut” "Assalamualaikum.. AM (Ashraf Muslim) agak tersentuh dengan sahabat kita di mana dia kena Covid dan maknya dalam ICU disebabkan Covid. Guys! Covid is real guys! Ashraf berkongsi paparan skrin mesej daripada individu tersebut. "AM harap sangat kita semua dapat doakan maknya (Manisah Kimin) yang sedang struggle untuk sembuh daripada sakitnya dan hidup seperti sediakala... amin," kata Ashraf. Pelakon berusia 40 tahun itu turut berkongsi paparan skrin mesej daripada individu tersebut yang berkongsi keadaan ibunya yang mengalami kerosakan paru-paru dan buah pinggang. Menurut individu tersebut, dia yang juga disahkan positif Covid-19 masih menjalani kuarantin kendiri di rumahnya namun tetap berasa bimbang dengan keadaan ibunya semakin kritikal menggunakan mesin pernafasan. "Ya betul, sampai rosakkan paru-paru dan buah pinggang ibu saya... sampai sekarang ibu masih di ICU, doktor pun kata keadaan makin bertambah buruk. Covid-19 is real. AM agak tersentuh dengan sahabat kita di mana dia kena Covid dan maknya dalam ICU disebabkan Covid. ASHRAF MUSLIM PELAKON "Saya yang positif ini pun takut kalau makin teruk jadinya. Sekarang saya dah kena kuarantin dekat rumah saja. Tapi ibu saya masih di ICU... kritikal, paru-paru ada pendarahan dan buah pinggang rosak teruk. "Doktor kata oksigen pun kurang... masih pakai mesin pernafasan lagi. Mohon doa," tulis individu tersebut. Dalam pada itu, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka dan mendoakan agar individu tersebut serta ibunya bebas daripada jangkitan wabak itu. Ashraf pernah melalui pengalaman disahkan positif Covid-19 pada April tahun lalu. "Semoga cepat sembuh. Ayah saya pernah berada di ICU selama sebulan... paru-paru, jantung dan buah pinggang juga hampir rosak... gula dalam darah jadi tinggi. Hanya kebergantungan pada Allah saja ketika itu. "Teruskan kongsi pengalaman dan real story macam ni. Geng teori konspirasi perlu baca dan faham kan supaya mereka juga tidak lari jauh dari kebenaran. "Moga sahabat dan ibunya dibebaskan daripada Covid-19 dan apa jua penyakit serta diberi kesembuhan, amin," komen beberapa netizen. Sebelum ini, pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu dipercayai dijangkiti virus tersebut setelah pulang dari menjalani penggambaran drama di Scotland pada 31 Mac dan dimasukkan ke hospital pada 12 April tahun lalu. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!