TINDAKAN penyanyi Wani Kayrie memuat naik video tarian di Instagram mengundang rasa kurang senang netizen di laman tersebut. Salah seorang pengikut menegur aksi tarian yang dilakukan oleh Wani dan meminta penyanyi berusia 20 tahun itu melakukan amalan yang boleh mendatangkan faedah ketika negara sedang berdepan pandemik Covid-19 ini. Menjawab kritikan itu, Wani berkata dia tidak perlu berkongsi hal berkaitan ibadah kerana perkara itu merupakan urusannya dengan Allah SWT. ARTIKEL BERKAITAN: Wani Kayrie kecewa netizen kecam video tarian TikTok - “Tak pernah kenal saya tapi terus jatuh hukum!” "Biarlah ibadah itu secara ikhlas bukan niat nak menunjuk-nunjuk. Allah sahaja tahu ibadah hambanya!” balas Wani. Wani jawab komen seorang pengikut di Instagram. Sebelum itu, penyanyi lagu Magika ini berkongsi video tarian dan meminta peminatnya untuk kekal berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19. "Semua negeri dah PKP kecuali Sarawak, jadi apa je aktiviti korang dekat rumah tu? "Buat jelah apa-apa yang boleh menghiburkan diri yang penting tak keluar rumah tanpa urusan penting! Kita jaga kita dan jaga kesihatan sentiasa!" tulisnya pada ruangan kapsyen. Biarlah ibadah itu secara ikhlas bukan niat nak menunjuk-nunjuk. Allah sahaja tahu ibadah hambanya! WANI KAYRIE PENYANYI Bagaimanapun, seorang pengikut kurang bersetuju dengan tindakan Wani berkongsi video tarian dan memuat naik di laman sosial. "Ni Covid-19 lebih baik buat perkara yang dapat pahala, solat, mengaji dan lain-lain ibadah... mungkin awak buat macam tu dipuji orang tapi di mata Allah? "Saya tak kata saya baik tapi lebih elok awak habiskan masa PKP dengan amal ibadah, ” komen netizen itu. Wani sering berkongsi video menari di Instagram. Menerusi laporan mStar pada April tahun lalu, Wani mengakui dia minat menari dan video yang dihasilkan hanyalah suka-suka untuk pengikut. Justeru itu, Wani berkata dia memilih untuk mengabaikan sebarang bentuk komen negatif yang ditinggalkan oleh netizen. Malah, jika keterlaluan, dia bertindak memadam dan menyekat akaun pengguna tersebut. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!