suria

Heliza dan Hazwa Helmi dedah dijangkiti Covid-19 November lalu, kongsi pengalaman yang tak dapat dilupakan - "Sakit yang tak pernah rasa sebelum ini"

Heliza menjalani kuarantin bersama adiknya selama sebulan.

DISAHKAN positif Covid-19 bersama adiknya iaitu Hazwa Helmi pada November tahun lalu, penyanyi Heliza Helmi menganggap ia satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Heliza menerusi laman Instagram miliknya memberitahu dia dan adiknya telah selesai menjalani kuarantin di sebuah pusat kuarantin dan dapat kembali bersama keluarga mereka pada 1 Januari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Niat mati syahid Heliza Helmi disamakan dengan pengganas, ini penjelasan ustaz

Berkongsi mengenai pengalaman tersebut, Heliza mengakui dia berasa sebak melihat kerja keras barisan hadapan atau frontliners yang tak pernah berehat disebabkan merawat ramai pesakit Covid.



Heliza turut kongsi video ketika dibawa naik ambulan.

"Alhamdulillah, perjalanan panjang Allah bagi... keluar rumah tinggalkan keluarga November 2020,1 januari 2021 Alhamdulillah akhirnya dapat kembali ke pangkuan keluarga.

"Satu pengalaman tak pernah rasa sebelum ini. Sakit yang tak pernah rasa sebelum ini. Kakja (Heliza) dan Ika motivate each other. Dalam keadaan rasa sakit sangat @hazwanihelmi still kena attend kelas.

"Moga Allah merahmati dia amin. Kami melihat bagaimana setiap hari keluar masuk ambulan terlalu kerap, pesakit daftar terlalu ramai, frontliners pula macam tak pernah rehat. Setiap waktu akan ada annoucement.

Disitulah lagi jelas nampak bagaimana pengorbanan frontliners terlalu besar,

HELIZA HELMI

PENYANYI

"2 pagi, 3 pagi, 5 pagi... kita kena sentiasa bersedia nama kita dipanggil. Disitulah lagi jelas nampak bagaimana pengorbanan frontliners terlalu besar. Tulis ini pun sebak Ya Allah. Siang malam mereka berjaga. Kami tak mampu balas jasa baik kalian," tulisnya.

Penyanyi berusia 35 tahun ini turut memuat naik video ketika dia dan adiknya diambil ambulan untuk dibawa ke pusat kuarantin untuk menjalani rawatan.

Rata-rata netizen dan rakan selebriti antaranya Wany Hasrita, Ika Nabella, Ardell Aryana serta Fara Fauzana meluahkan rasa syukur apabila adik-beradik itu kini sudah bebas daripada wabak tersebut.



Heliza dan adiknya akan berkongsi pengalaman mereka di YouTube.

Dalam pada itu, bekas peserta program Akademi Fantasia musim kelima ini juga mendedahkan dia mengalami hampir semua simptom sehingga menyebabkan badannya lemah ketika dijangkiti Covid-19.

"Dan benar, Covid-19 is real. Almost semua simptom Allah bagi rasa. Alhamdulillah hari ni Allah masih pinjam nyawa. Alhamdulillah syukur pada Allah.

"Perlu ke Kakja dan Ika buat video di Youtube The Helmis dan share apa kami lalui? Masa kena Covid, nak bangun pun macam tak mampu sebenarnya. Nak sujud pun rasa macam melayang dah," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain