suria

“Kongsi video nyanyian tiada sambutan tapi 'upload' video TikTok dapat tontonan tinggi!”- Wani Kayrie abai komen negatif, netizen hanya cari salah

Wani padam komen negatif yang boleh menimbulkan perbalahan di laman Instagram miliknya.

DIKECAM gara-gara berkongsi video tarian di laman Instagram, penyanyi Wani Kayrie menjelaskan dia memuat naik perkongsian tersebut hanya untuk melihat reaksi netizen.

Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah berkata, kebanyakkan netizen yang mengkritik perkongsian tersebut tidak mengikuti laman sosialnya namun hanya ingin mencari kesalahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara ‘belanja’ video menari, Wani Kayrie diminta banyakkan amal ibadah - “Ni Covid-19 lebih baik buat perkara yang dapat pahala”

Biarpun tidak kisah dengan kritikan namun penyanyi berusia 21 tahun ini memilih untuk mengabaikan dan memadam komen negatif yang boleh mengundang perbalahan.



Video tarian Wani sebelum ini mengundang rasa kurang senang netizen.

"Sebelum ini pun video saya pernah dikecam sebab netizen kata saya terlalu nak tayang bentuk badan walaupun sebenarnya tak seksi pun. Video kali ini pun tetap kena kritik.

"Saya buat video itu sekadar untuk lihat apa yang orang suka tengok. Kalau saya kongsi video menyanyi tak dapat sambutan sangat tapi berbeza bila saya post video TikTok dapat tinggi tontonan.

"Yang peliknya, orang komen negatif itu tak follow pun saya di IG. Mereka ini hanya menunggu kesalahan untuk kecam. Kebanyakkan yang komen pun budak-budak, jadi saya tak nak ambil serius.

"Saya dah pernah kena kecam dengan teruk pun sebelum ini. Lebih baik saya abaikan atau padam saja komen yang boleh mendatangkan perbalahan di IG saya," kata Wani kepada mStar.

Yang peliknya, orang komen negatif itu tak follow pun saya di IG.

WANI KAYRIE

PENYANYI

Sebelum ini, tindakan penyanyi lagu Jangan Jangan itu memuat naik video tarian di Instagram mengundang rasa kurang senang netizen di laman sosial tersebut.

Salah seorang pengikut menegur aksi tarian tersebut dan meminta Wani melakukan amalan yang boleh mendatangkan faedah ketika negara sedang berdepan pandemik Covid-19 ini.

Menjawab kritikan itu, Wani berkata dia tidak perlu berkongsi hal berkaitan ibadah kerana perkara itu merupakan urusannya dengan Allah SWT.

Dalam pada itu, Wani berkongsi perkembangan karier seninya kini lebih ke arah bidang pengacaraan memandangkan tiada tawaran nyanyian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Wani kini sibuk menjalani rakaman program bersama Afiq Shazwan.

"Sekarang ini saya sibuk menjalani rakaman untuk sebuah program pendidikan. Disebabkan PKP ni, tawaran untuk nyanyian tak ada. Tapi saya bersyukur dapat rezeki dalam bidang pengacaraan.

"Kebetulan sekarang pun saya tengah cuti semester dan dapatlah fokus untuk jadi pengacara untuk dua buah program. Selain itu, drama lakonan saya pun tengah ditayangkan.

"Insya-Allah kalau PKP tak sambung, saya ada dapat tawaran sebuah drama dan akan jalani penggambaran sekitar bulan Mac nanti," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain