suria

Dedah suami suka cium ketiak, Ayda Jebat akui mahu tunjuk rasa bahagia selepas berkahwin - “Saya hanya berkongsi sikap Nabil yang manja tidak dibuat-buat”

Ayda berkongsi video Nabil mencium ketiaknya di laman Instastory.

PERKONGSIAN video aksi mesra pasangan selebriti Nabil Mahir dan isterinya iaitu Ayda Jebat yang dimuat naik di Instastory penyanyi itu mengundang rasa kurang senang netizen di laman sosial.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat berkata, dia hanya ingin berkongsi kebahagiannya dan bersyukur menerima layanan yang baik selepas berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tahniah! Ayda Jebat, Nabil Mahir sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz - “Kami bersedia menimang zuriat secepat mungkin”

Bagaimanapun penyanyi dan pelakon berusia 28 tahun ini memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan perkongsian tersebut.



Foto Ayda dan Nabil ketika berbulan madu di Langkawi.

"Ada juga rata-rata pasangan yang berasa sedih dan cemburu apabila mengatakan suami mereka tidak romantik selepas berkahwin malah nak minta bergambar bersama pun tidak mahu.

"Jadi, saya harap janganlah melihat apa yang dikongsikan dari sudut yang negatif dan lucah sebab saya hanya ingin menunjukkan rasa bahagianya bercinta selepas kahwin.

"Ada rakan-rakan dan peminat beritahu saya, masa awal-awal bercinta saja indah, tapi selepas kahwin tiada sudah momen bahagia itu. Tapi saya bersyukur sebab menerima layanan yang baik selepas berkahwin.

"Saya hanya berkongsi sikap Nabil yang manja dan tidak dibuat-buat. Namun, saya memohon maaf jika ada pihak berasa kurang senang melihat kemesraan kami. Saya tak mampu nak menjaga perasaan semua orang," katanya kepada mStar.

Saya sedar memiliki pengikut daripada pelbagai lapisan umur di laman sosial Instagram.

AYDA JEBAT

PENYANYI & PELAKON

Sebelum ini, penyanyi lagu Parah Parah itu menerusi laman Instastory mendedahkan perangai pelik suaminya yang suka menghidu bau ketiaknya terutama ketika waktu lapang.

Rata-rata netizen menganggap aksi Nabil mencium pipi dan bahagian ketiak isterinya itu tidak wajar dikongsikan kepada umum biarpun mereka adalah pasangan suami isteri.

Dalam pada itu, pelakon drama Bukan Gadis Biasa ini menyedari dia mempunyai pengikut daripada pelbagai lapisan usia namun dia sentiasa akan memastikan perkongsiannya tidak keterlaluan.

Ayda juga berharap agar netizen tidak melihat sesuatu perkara itu terlalu ke arah negatif dan meminta semua orang dapat mendoakan kemesraannya berkekalan selama-lamanya.



Pasangan ini melangsungkan pernikahan pada 1 Januari lalu.

"Saya sedar memiliki pengikut daripada pelbagai lapisan umur di laman sosial Instagram. Jadi segala perkongsian yang dimuat naik, saya akan pastikan ia tidak keterlaluan.

"Namun jika ada yang beranggapan sebaliknya, anda perlu mengubah mentaliti dan jangan terlalu berfantasi.Tapi lihat perkongsian ini sebagai sesuatu yang positif.

"Doakan agar kemesraan ini berkekalan dan anda sendiri turut mengimpikan layanan seperti ini," ujarnya.

Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari lalu dalam satu majlis sederhana di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain