suria

Michael Ang tersentuh baca kisah Amir yang dipercayai mangsa dera, terkenang anak angkat - “Sebagai seorang yang ada dua anak syurga, saya tak boleh terima ini!”

Michael sedih terkenang arwah Amir yang meninggal dunia dipercayai akibat dera.

KISAH pemergiaan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun yang dikenali sebagai Amir dipercayai mangsa dera turut menyentuh perasaan pengarah terkenal Michael Ang.

Mempunyai dua orang anak angkat yang dianggap 'anak syurga', Michael mengakui dia tidak dapat menerima hakikat Amir atau nama sebenarnya Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek menjadi mangsa dera keluarga kandungnya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga angkat dedah pertemuan sulit diatur bapa tiri tanpa pengetahuan ibu kandung, Amir diminta kunci mulut - “Macam kena seludup...”

Sedih berita tersebut, pengarah drama Setelah Lafaznya Akad ini berharap apa yang terjadi kepada Allahyarham Amir itu tidak akan berlaku kepadanya atau sesiapa pun.



Amir bersama ibu angkatnya.

"Baru baca dan tengok kisah ni. Saya betul-betul tak boleh. Sebagai seorang yang ada dua orang anak syurga sendiri, saya tak boleh terima ini.

"Kalau tak mampu beri kasih sayang dan jaga anak-anak, bagi saja pada yang mampu. Mereka (anak) tak salah dan tak minta dilahirkan pun, mereka cuma minta diberi peluang.

"Saya berdoa benda ini tak akan terjadi dekat saya ataupun siapa-siapa," tulis Michael menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad.

Pada Jumaat, seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Amir meninggal dunia dipercayai akibat didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya.

Semoga Amir bahagia di sana dan Al-Fatihah untuk keluarga angkatnya.

MICHAEL ANG

PENGARAH

Berita pemergiaan Amir telah mengejutkan keluarga angkat arwah yang telah menjaganya selama enam tahun sebelum diserahkan semula kepada ibu kandunganya sekitar Oktober 2020.

Menerusi pendedahan polis pada Sabtu, ibu kandung dan bapa tirinya juga sudah direman tujuh hari kerana dipercayai menjadi dalang di sebalik kejadian itu.

Menerusi laporan mStar pada Sabtu, ibu angkat Amir iaitu Norlida Abu Hassan berkata hatinya begitu luluh mengenangkan cara pemergian arwah yang sudah dianggap seperti anak kandung sendiri.



Foto kenangan arwah Amir bersama keluarga angkatnya.

Dalam pada itu, Michael mendoakan agar keluarga kandung yang dipercayai mendera kanak-kanak malang itu mendapat hukuman yang setimpal di dunia dan akhirat.

"Semoga Amir bahagia di sana dan Al-Fatihah untuk keluarga angkatnya. Dan kalau betul keluarga kandung Amir lakukan apa yang dikatakan, saya tiada kata untuk anda tapi tunggu la bila dah jumpa Allah nanti.

"Kalau dah sanggup bunuh, saya tak rasa kalau kena duduk penjara seumur hidup pun mereka kisah!" ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain