suria

Berbaik selepas dua tahun tak bertegur sapa, Fathia nak ajak Zarina Anjoulie dalami ilmu agama

Fathia dan Zarina sebelum ini bergaduh sehingga menyebabkan kedua-duanya tidak bertegur sapa sejak dua tahun lalu.

SELEPAS dua tahun dikatakan putus sahabat, akhirnya kedua-dua pelakon Fathia Latiff dan Zarina Anjoulie kembali menjernihkan hubungan tersebut dengan berbaik semula di antara satu sama lain.

Pertemuan terbaharu kedua-dua pelakon itu dikongsikan seorang pendandan rambut selebriti, Ridzokimura menerusi laman Instagramnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Perkahwinan hanya bertahan enam bulan, Zarina Anjoulie sahkan sudah bercerai - “Best day of my life... Alhamdullilah terima kasih Yas”

Dalam video itu, Fathia, 34, dan Zarina mengakui mereka sudah dua tahun tidak bertegur sapa.

Ridzokimura turut mendedahkan Fathia berhasrat untuk mengajak sahabatnya itu untuk terus mendalami ilmu agama bersama-sama dirinya.

Fathia dan Zarina sudah berbaik semula.

Netizen rata-ratanya memberikan respon positif terhadap perkembangan terbaharu dua selebriti tersebut dan berharap pengalaman lalu dapat dijadikan pengajaran buat kedua-duanya.

"Eh dah berbaik, Alhamdulillah," kata @miss.4lina.

"Dua-dua sama cantik. Lepas ni janganlah gaduh-gaduh lagi. Kan best macam ni. Tenang hati," kata @mrs_anuar_salim.

Netizen gembira dua pelakon ini sudah berbaik semula.

Persahabatan Fathia dan Zarina berantakan dua tahun lalu selepas mereka melalui beberapa konflik yang tidak dinyatakan secara jelas kepada umum.

Zarina, 34, baru-baru ini mendedahkan rumah tangganya musnah walaupun baharu enam bulan mendirikan rumah tangga dengan Eilyas Azhar.

Sebelum ini, aktres itu pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan disahkan bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan, Zarina mempunyai seorang anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra yang kini berusia lima tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain