suria

Nora Ariffin, Habsah Hassan dan Yusry Abdul Halim kini bergelar Datuk, dikurnia pingat Panglima Mahkota Wilayah

Nora, Habsah dan Yusry dikurniakan pingat PMW membawa gelaran Datuk.

SEMPENA sambutan Hari Wilayah Persekutuan, tiga penggiat seni iaitu Nora Ariffin, Habsan Hasan dan Yusry Abdul Halim dikurniakan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang membawa gelaran Datuk pada Isnin.

Tiga selebriti tersebut merupakan antara 335 penerima Darjah Kebesaran, Pingat dan Bintang Wilayah Persekutuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin berduka lagi, ibu mertua meninggal dunia - “Semoga dapat bertemu arwah Baba, Johan dan Alif”

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memberitahu pengurniaan itu adalah sebagai menghargai sumbangan besar penggiat seni dan budaya terhadap lapangan mereka.

Menurut Annuar, tarikh penyempurnaan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan bagi tahun ini sedang ditentukan mengambil kira situasi semasa penularan pandemik COVID-19.

Dalam pada itu, Nora yang juga isteri kepada Allhayarham Johan Nawawi meluahkan rasa syukur atas kurniaan yang dianggap tidak pernah dijangkakan tambahan pula anak-anaknya turut berada disisinya bagi meraikan anugerah tersebut.

Manakala Habsah atau lebih mesra disapa Kak Chah, 72, penulis lirik dan skrip ternama tanah air yang sudah empat dekad aktif menghasilkan ribuan naskhah turut meluahkan rasa syukur dengan kurniaan ini.

Katanya, ia memberi makna yang cukup besar kepadanya sepanjang bergelar anak seni dan akan menjadi pembakar semangat buat dirinya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain