suria

Berdepan masalah tonsil, Ismail Izzani tak berani ambil risiko lakukan pembedahan - “Mungkin suara akan berubah... tak tahu ke arah baik atau buruk”

Ismail tidak mahu mengambil risiko perubahan suara selepas lakukan pembedahan tonsil.

PERNAH beberapa kali dimasukkan ke hospital, penyanyi Ismail Izzani mengakui sehingga kini dia masih berdepan dengan masalah tonsil bengkak sejak 2018.

Bimbang suaranya akan berubah, Ismail berkata dia enggan melakukan pembedahan biarpun keadaan tonsil yang dihadapinya semakin teruk sehingga pernah bernanah.

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Izzani hadiah cincin berlian untuk Shalma Eliana - “Hanya tanda cinta, kami belum bertunang”

"Sehingga sekarang, saya masih berdepan dengan masalah tonsil. Sebelum ini, tekak saya jadi bengkak sampaikan bernanah menyebabkan saya tak boleh menyanyi.



Ismail tidak mahu suaranya berubah.

"Saya sepatutnya kena buat pembedahan kalau saya tak jaga tapi saya cuba untuk jaga sebab tak nak buat pembedahan.

"Doktor kata kemungkinan dalam 60 peratus suara akan berubah, tidak tahu ke arah baik atau buruk.

"Jadi, saya tak berani ambil risiko sebab saya sudah hidup dengan suara ini selama 21 tahun dan saya takut kalau buat pembedahan saya tak biasa dengan suara yang berubah itu," katanya kepada mStar.

Bila bengkak saya akan demam, panas dalam dan pening.

ISMAIL IZZANI

PENYANYI

Ismail berkongsi perkara tersebut ketika sesi temu bual menerusi Instagram Live (IG Live) di laman sosial rasmi mStar baru-baru ini.

Sebelum ini, Ismail memberitahu dia hanya bergantung kepada ubat-ubatan dan menjaga pemakanan untuk mengelakkan tonsil semakin teruk.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Ada Cara ini memberitahu keadaan tekaknya masih baik namun tonsil akan kembali bengkak sekiranya dia makan buah oren atau makanan terlalu pedas dan tidak tidur beberapa hari.



Ismail jaga pemakanan supaya tonsil tidak bengkak.

Menurut anak kepada penyanyi Datin Suliza Salam ini, dia akan mengalami demam, panas dalam dan pening kepala apabila tonsil mula membengkak.

"Saya tak boleh makan oren atau makan makanan yang terlalu pedas. Alhamdulillah, tonsil ini datang dan pergi. Sekarang ini saya masih menjaga permakanan.

"Tapi kalau saya tak tidur dalam beberapa hari dan makan oren, tonsil akan kembali bengkak. Bila bengkak itu yang buat saya akan demam, panas dalam dan pening. Tonsil ini ibarat gigi, kalau sakit, mestilah akan demam," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain