suria

Babak Alvin Chong keluar kereta kejar peragut 'tak masuk akal'! Pengarah Takdir Yang Tertulis mengaku terlepas pandang - “Shoot dekat pukul 12 malam, sel-sel otak dah tak berhubung sangat”

Babak Alvin Chong kejar peragut cetus kekeliruan penonton.

BABAK lakonan Alvin Chong yang membawa watak Ean dalam drama Takdir Yang Tertulis (TYT) keluar daripada kereta dipandunya untuk mengejar peragut menimbulkan pertikaian dalam kalangan penonton.

Rata-rata penonton menganggap adegan itu tidak masuk akal berikutan Alvin boleh sahaja mengejar peragut yang menaiki motosikal itu dengan kereta yang sedang dipandunya.

Mengakui kesilapan yang berlaku pada episod 7 itu, pengarah drama terbabit, Shahrulezad atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat berkata, pihaknya terlepas pandang mengenai perkara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Shahrulezad 'offer' pramugari hilang kerja jadi pelakon, Azhan Rani puji usaha pengarah - “Tiba-tiba semangat pula nak berlakon”

"Sebenarnya ini silap saya. Nak dijadikan cerita tiada seorang pun perasan akan kesilapan screenplay ini. Baik artis mahupun kru produksi.

Budak Ijat mengakui kesilapannya.

"Kami terlalu fokus dengan objektif saya sampai terlepas pandang pasal kelogikan Ean boleh berlari keluar dari kereta.

"Lagipun kami shoot babak ini dah dekat pukul 12 malam. Sel-sel otak dah tak berhubung sangat. Aku dah ingat katil je masa ini," katanya.

Menjelaskan lagi situasi tersebut, Ijat mengakui drama arahannya turut terdapat kelemahannya dan berharap ia masih dapat diterima penonton.

Kami terlalu fokus dengan objektif saya sampai terlepas pandang pasal kelogikan Ean boleh berlari keluar dari kereta.

SHAHRULEZAD MOHAMEDDIN

PENGARAH TAKDIR YANG TERTULIS

"Editor tanya saya kenapa Ean tak kejar peragut dengan kereta, saya terus terkedu. Saya pandang Uchee (penolong pengarah) dan Uchee pandang saya.

"Lepas itu kami tepuk dahi dah tergelak masa edit. Haah ek... Dah kenapa Ean kena lari keluar padahal boleh je dia kejar dengan kereta.



Ijat menerangkan situasi sebenar mengenai babak mengelirukan tersebut.

"Anyway it's okay. Ini menunjukkan drama TYT ni tidaklah hebat mana pun. Ia tetap penuh dengan kelemahan sama dengan drama-drama lain termasuk drama Korea yang korang dok megah-megahkan sangat tu," katanya.

Takdir Yang Tertulis yang ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis di slot Samarinda TV3 dibintangi Nad Zainal, Nazim Othman, Elvina Mohamad, Alvin Chong, Didie Alias dan Iman Suhana.

Ia mengisahkan seorang wanita yang kehilangan suami dan syarikat disebabkan dikhianati oleh rakan baik sendiri.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain