suria

Bukan nak puji suami, Siti Sarah dedah rahsia kejayaan Shuib… salah satunya suka bersedekah - “Kalau ikutkan banyak lagi saya nak kongsi”

Siti Sarah kongsi rahsia kejayaan suami, Shuib.

PENYANYI Siti Sarah Raisuddin dan suami iaitu Shuib sering menerima pertanyaan daripada kenalan yang ingin mengetahui kunci kejayaan mereka dalam perniagaan.

Berkongsi sikap sebenar Shuib, Sarah mendedahkan pelawak itu sentiasa mengamalkan tiga perkara dalam hidup yang diyakini menjadi faktor utama kejayaan.

"Sebenarnya ramai rakan-rakan baik tanya... Ib (Shuib) cuba ajar aku macam mana kau buat sampai berjaya? tapi selalu Shuib jawab... aku tak pandai, Allah hantar aku orang yang pandai-pandai, aku tak ada daya apa pun!

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib pernah putus asa, tiga perniagaan gagal - “Kurma sampai berulat, kopi pun tak jual!”

"Okay biar saya yang terangkan... bukan nak puji Shuib sebab dia suami saya. Saya sendiri pun curi ilmu dari dia dengan jadi pemerhati.

"Ni sikap Shuib, nombor satu ialah sedekah, kedua jangan ada hasad dengki dan ketiga dia tak tahu penat itu apa dan tak pandai curi tulang," katanya.



Video Shuib bantu penjual nasi lemak terima pujian ramai.

Penyanyi lagu Semakin ini membongkar kunci rahsia kejayaan Shuib menerusi laman Instagram.

Bersama kapsyen tersebut dia turut memuat naik klip video Shuib membantu seorang peniaga kecil berniaga di Puchong baru-baru ini.

Saya doakan kepada semua peniaga yang sedang berjuang sekarang ini dapat terus bertahan dan kuat.

SITI SARAH

PENYANYI

"Saya nampak posting di Instagram fasal awak bantu peniaga... saya tahu niat awak sangat baik, video ini menunjukkan kamu sokong peniaga lain. Alhamdulillah.

"Kalau ikutkan banyak lagi saya nak kongsi, macam video ni Shuib sedang bantu seorang peniaga... dia sedar Allah beri kelebihan pada dia dan kelebihan itu digunakan untuk bantu orang lain," tulisnya.



Keluarga bahagia... Siti Sarah bersama Shuib dan anak-anak mereka.

Dalam pada itu, Sarah berkata dia turut memahami kesukaran segelintir peniaga kecil yang terpaksa bertahan sehingga ada yang gulung tikar berikutan pandemik Covid-19.

"Dalam keadaan PKP sekarang ini, saya tak dapat bayangkan nasib peniaga kecil sedangkan peniaga besar-besar pun banyak yang dah lingkup.

"Saya doakan kepada semua peniaga yang sedang berjuang sekarang ini dapat terus bertahan dan kuat.

"Moga Allah membuka pintu rezeki seluas langit yang terbentang, seperti air zam zam yang tidak pernah putus. Amin!” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain