suria

“Sayang tengok, saya nak beli untuk anak pun fikir dua tıga kali... maklumlah B40” - Lumur kek hari jadi, Amyra Rosli, Amar dikecam ajar anak membazir, pembuat kek tampil beri penjelasan!

Netizen menganggap aksi Amyra sekeluarga bermain dengan kek satu pembaziran.

PERKONGSIAN foto sambutan ulang tahun kelahiran anak perempuan pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen di laman sosial.

Rata-rata netizen menganggap aksi mereka sekeluarga bergambar dalam keadaan comot dilumur krim pada kek hari lahir itu hanyalah satu pembaziran.

ARTIKEL BERKAITAN: Biarkan anak lelaki berambut panjang, Amar Baharin ada sebab tersendiri - “Awak tak perlu kasihan dekat anak saya”

Bagaimanapun, menerusi akaun Instagram Mad About Cake tampil menjelaskan kek yang digunakan dalam foto tersebut sekadar hiasan dan kegunaan media sahaja.

Pembuat kek hari lahir anak Amyra tampil menjelaskan perkara sebenar.

"Untuk pengetahuan sebagai pembuat kek kami turut berkolaborasi bersama jurugambar dan artis dalam sesuatu kempen atau projek. Antaranya menyediakan kek display bagi tujuan props dan kegunaan media.

"Mungkin ramai tak tahu kami menawarkan khidmat ini kerana kami hana berkolaborasi dengan teman rapat. Dan antara salah satunya adalah tentang kek Amyra.

"Memandangkan Amyra adalah kenalan rapat kami sejak dulu, dia ada menempah kek birthday untuk anaknya dan berkongsi idea untuk sesi fotografi," katanya.

Pemilik akaun pembuat kek tersebut menjelaskan perkara sebenar menerusi laman Instastory selepas foto yang dimuat naik Amyra di Instagram pada Rabu menerima kecaman netizen.

Kek display diperbuat dari suku bahagian kek dan selebihnya dummy dan krim.

MAD ABOUT CAKE

PEMBUAT KEK

Netizen berpendapat tindakan itu tidak patut dan sensitif memandangkan ramai kebanyakan rakyat Malaysia hidup dalam keadaan bersederhana dan situasi semasa yang meresahkan.

"Kesian kecik-kecik dah diterapkan nilai pembaziran kat kanak-kanak. Nanti dah besar membazir marah pula.

"Sayang tengok kek, saya ni birthday anak nak beli pun fikir dua tıga kali... maklumlah B40" ujar netizen.

Dalam pada itu, pemilik akaun tersebut mengucapkan terima kasih kepada Amyra dan Amar atas kepercayaan untuk membuat kek tersebut.

Tambahnya lagi, mereka juga memohon maaf sekiranya terdapat pihak yang tersinggung dengan aksi tersebut dan mendoakan agar rezeki semua orang diberkati Allah.

Amyra dan Amar mempunyai dua cahaya mata.

"Kami yang sarankan untuk kek display. Kek display diperbuat dari suku bahagian kek dan selebihnya dummy dan krim. Sepanjang kami mengenali Amyra, dia sangat menghormati orang malah menyokong kami sejak dari dulu.

"Malah dalam krisis pandemik dia turut membantu kami dengan menempah kek dan mempromosi secara percuma. Terima kasih Amyra dan Amar atas kepercayaan diberikan buat kami serta menyokong peniaga-peniaga seperti kami.

"Kami mohon maaf sekiranya ada di antara anda yang terasa. Kami doakan rezeki kita sama-sama diberkati Allah," ujarnya.

Amar mendirikan rumah tangga dengan Amyra pada 11 November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 3, dan Ayra Aryssa yang lahir pada 1 Februari tahun lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain