suria

DJ Lin masuk hospital lagi, alami alahan teruk sehingga sukar bernafas - “Rasa macam saluran pernafasan sempit dan tak selesa”

DJ Lin dipasangkan alat penambahan oxsigen bagi membantu permudahkan pernafasannya.

PENYAMPAI segmen Suria Cinta, DJ Lin dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta selepas mengalami alahan yang teruk pada Selasa lalu.

DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid berkata, keadaan kesihatannya semakin merosot pada pagi Khamis sehingga menganggu pernafasan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua minggu sukar tidur dan kesihatan terjejas, DJ Lin dimasukkan ke hospital malam Selasa

Menurut penyampai radio berusia 45 tahun ini, sehingga kini doktor belum memberi kepastian punca sebenar alahan tersebut namun ia berkemungkinan disebabkan ubat-ubatan yang diambil.



DJ Lin berkongsi keadaannya di laman Instagram.

"Saya dimasukkan ke wad pada Selalu lalu selepas alami alahan yang sangat teruk. Tekanan darah pun tak stabil... kejap tinggi, kejap rendah dan rasa macam nak melayang.

"Pagi tadi alahan semakin teruk dan saya mula sukar untuk bernafas. Rasa macam saluran pernafasan sempit dan tak selesa serta berbunyi. Doktor terpaksa pasangkan penambahan oksigen untuk bantu permudahkan pernafasan.

"Doktor masih tak dapat pastikan macam mana saya boleh kena alahan tetapi kemungkinan disebabkan salah ubat. Sekarang ini saya dirawat empat doktor," kata DJ Lin ketika dihubungi mStar.

DJ Lin berkongsi video keadaan dirinya yang sangat lemah ketika berada di sebuah hospital di laman Instagram miliknya pada Khamis.

Doktor masih pantau keadaan saya dan tidak tahu bila dibenarkan pulang.

DJ LIN

PENYAMPAI RADIO SURIA

Rata-rata netizen mendoakan agar pemenang Penyampai Radio Popular ABPBH itu cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

Sebelum ini, DJ Lin beberapa kali dimasukkan ke wad disebabkan dirinya kurang sihat selain pernah menjalani pembedahan membuang fibroid atau sejenis ketumbuhan di bahagian rahim pada 2019.

Dalam pada itu, DJ Lin memberitahu dia juga sudah menjalani ujian calitan Covid-19 dan bersyukur apabila mengetahui keputusan negatif.

Bagaimanapun keadaan DJ Lin masih perlu dipantau oleh doktor dan berharap semua peminat mendoakan dirinya diberikan kesembuhan.



Doktor masih memantau keadaan DJ Lin.

"Bila dah disahkan kena tahan wad, saya diminta untuk buat ujian calitan dan Alhamdulillah, keputusan negatif. Syukur sangat tidak dijangkiti Covid.

"Cuma bila dah mula pakai oksigen ini dan susah nak bernafas, saya dapat bayangkan macam mana kesukaran yang dihadapi oleh mereka yang positif Covid yang perlu bantuan alat pernafasan.

"Buat masa ini, doktor masih pantau keadaan saya dan tidak tahu bila dibenarkan pulang. Saya harap semua terutamanya peminat saya sudi sama-sama mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan saya," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain