suria

Achey tabik semangat guru, turun padang beri sumbangan 'sanitizer' meski SOP ketat di sekolah - “Dalam hati tak percaya selepas tengok sendiri baru tahu”

Achey hulur sumbangan di sekolah.

BIMBANG dengan angka jangkitan Covid-19 yang meningkat saban hari, pelawak Achey turun padang menghulurkan sumbangan pembasmi kuman di sekolah terpilih sekitar Klang, Selangor, baru-baru ini.

Menurut Achey, kunjungannya itu juga bertujuan untuk melihat sendiri tahap keselamatan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan di sekolah dalam mengekang ancaman virus berbahaya itu.

"Alhamdulillah sempat berkunjung ke beberapa sekolah taska dan Sekolah Menengah Tinggi Klang, Selangor. Saya lihat pihak sekolah menekankan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

ARTIKEL BERKAITAN: Hasil simpanan 10 tahun, 'let go' empat motosikal, Achey akhirnya miliki kediaman tiga tingkat - “Jual benda bukan keperluan untuk dapatkan rumah impian”

"Saya tidak dibenarkan bertembung dengan pelajar ketika menyerahkan sumbangan... tanpa mengira sesiapa yang hadir, kena ikut SOP ketat. Paling utama, kena ada surat kebenaran menghantar cecair pembasmi kuman kerana tidak boleh memasuki sekolah sesuka hati.



Achey prihatin dengan tugas guru di sekolah.

"Siapa tak gerun keluar rumah pada saat pandemik dalam tahap membimbangkan kerana ada orang yang tiada simptom pun dijangkiti Covid-19. Bagaimanapun, saya melihat guru tidak pernah patah semangat, walaupun ada yang bimbang saya diberitahu mereka tetap menjalankan tugas dengan baik," katanya kepada mStar.

Menerusi program SugarBomb Care For You, sebanyak 10,000 cecair pembasmi kuman diserahkan untuk kegunaan guru dan pelajar tingkatan lima yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, tidak lama lagi.

Orang melihat petugas barisan hadapan berisiko tinggi, tetapi golongan guru juga sama!

ACHEY

PELAWAK

Sementara itu, Achey berkata dia mengagumi usaha guru-guru yang tidak patah semangat mendidik anak bangsa ketika negara berdepan wabak berbahaya ini.

Malah dia memuji langkah keselamatan dan pematuhan SOP yang diambil pihak sekolah bagi membendung jangkitan dalam kalangan pelajar dan guru.

Achey bersama maskot Mr Bomb melawat sekolah hulur sumbangan pembasmi kuman.

"Sebelum ini, kakak saya yang juga seorang guru pernah memberitahu SOP yang dilakukan di sekolah. Dalam hati, saya macam tak percaya tetapi selepas tengok sendiri baru tahu betapa ketatnya kawalan keselamatan.

"Guru tidak akan membiarkan tetamu, mereka sentiasa memantau dan mengikut hingga sanggup menghantar kami ke kereta ketika pulang. Ini bagi mengelakkan orang luar bertembung dengan pelajar sekolah.

"Sebagai public figure, saya perlu ada rasa tanggungjawab bagi membantu mencegah penularan Covid-19. Orang melihat petugas barisan hadapan berisiko tinggi, tetapi golongan guru juga sama," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain