suria

Wany Hasrita syukur impian bahagiakan ibu tercapai, pengalaman hidup susah ajar tidak lupa diri - “Wajah tenangnya beri saya kekuatan”

Wany tidak sesekali mendongak ke langit biarpun namanya sudah berada di kemuncak.

BERADA di tahap yang selesa dalam kerjayanya sebagai penyanyi tidak menjadikan Wany Hasrita bersikap sombong dan lupa diri.

Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasbullah meluahkan rasa syukur kerana mempunyai ibu di sisi yang sentiasa membimbingnya dalam setiap langkah dan keputusan yang diambil.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemakaian di SFMM35 dikritik aneh, Wany Hasrita lebih pentingkan keselesaan - “Saya tak suka pakai ketat dan tak nak ikut bentuk badan”

Tambahnya, pengalaman melalui kehidupan susah membuatkan penyanyi berusia 29 tahun ini mahu terus membahagiakan ibunya iaitu Norita Jaafar.

Ibu sentiasa menemani Wany di mana sahaja.

"Saya adalah saya biarpun setinggi mana pun saya terbang, Insya-Allah saya akan tetap membumi. Syukur sebab saya ada ibu yang selalu ingatkan saya supaya selalu bersyukur dan jangan lupa diri.

"Saya memang selalu bersama ibu, dan bagi saya ibu adalah segalanya. Salah satu tujuan saya melangkah ke dalam industri hiburan ini juga selain kerana minat, saya berazam untuk membahagiakan ibu.

"Sebelum saya menjadi penyanyi, saya pernah melalui hidup susah bersama ibu, tambahan pula sewaktu ibu diberhentikan kerja, waktu tu walaupun susah saya tengok wajah ibu tenang saja dan selalu beri saya kekuatan.

Saya memang selalu bersama ibu dan bagi saya ibu adalah segalanya.

WANY HASRITA

PENYANYI

"Tahun ini saya dah tak nak fikir yang sedih, saya nak teruskan langkah dan takdir yang Allah aturkan ini untuk saya terus kecapi kebahagiaan bersama ibu. Saya tak nak fikir yang negatif dan mahu terus berjaya," kata Wany.

Untuk rekod, penyanyi lagu Belenggu Rindu ini pernah membuat kejutan apabila memenangi gelaran Bintang Paling Popular (ABPBH) yang ke-30 selain mempunyai hampir 20 single sepanjang lima tahun dalam industri muzik.

Dalam pada itu, Wany kini tampil dengan lagu terbaharu berjudul Cinta Khayalan hasil ciptaan ciptaan Farouk Razak dan Amelia yang dilancarkan pada Jumaat di saluran YouTube.

Wany tampil dengan lagu terbaharu berjudul Cinta Khalayan.

Bercerita tentang single tersebut, Wany mengakui gembira kerana mampu mencabar dirinya keluar dari zon selesa dengan membawa lagu tersebut yang dianggap berat dan mempunyai maksud mendalam.

"Lagu ini berat dan sangat mendalam maksudnya, saya rasa sangat gembira kerana saya telah melangkah setapak ke hadapan dan saya telah berjaya mencabar diri saya untuk keluar dari zon yang selesa.

"Jujur saya katakan yang saya in love dengan lagu ini. Kalau tak percaya, boleh dengar dan hayati sendiri. Saya mohon anda semua menjadi juri serta tidak teragak-agak memberi komen tentang lagu dan cara nyanyian saya.

"Saya rela dikritik demi kebaikan kerjaya saya, tetapi kritik tentang lagu saja ya... bukan tentang kisah peribadi," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain