suria

Asyik disoal tentang 'face mask' ketika keluar, ini jawab Dayah Bakar - “Dekat Canberra dah berbulan tiada kes tapi tetap jaga jarak dan sanitize selalu”

Dayah dan anak kini menetap di Canberra bersama suaminya selama setahun.

PENGACARA Dayah Bakar mendedahkan dia banyak menerima pertanyaan daripada netizen yang ingin mengetahui jumlah kes Covid-19 di Canberra, Australia memandangkan terdapat foto dia tidak memakai pelitup muka ketika berada di luar.

Enggan membiarkan netizen terus membuat andaian, pemilik nama Nur Hidayah Abdul Bakar ini tampil menjelaskan bahawa bukan satu keperluan pemakaian pelitup muka di kawasan tersebut disebabkan tiada kes sejak beberapa bulan lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dayah Bakar lupakan bidang pengacaraan TV buat seketika, berkorban demi keluarga - “Saya lalui satu perjalanan panjang untuk menikmati detik kembali bersama suami”

Bagaimanapun menurut pengacara berusia 32 tahun ini, dia sekeluarga akan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti penjagaan jarak dan menjaga kebersihan diri.

Dayah menjelaskan perkara tersebut di Instagram miliknya.

"Dayah dapat banyak sangat soalan tak perlu pakai face mask ke dekat sini, tak ada Covid ke? Bagi saya jawab sekali dan untuk semua ya. Dekat Canberra dah berbulan tak ada kes Covid.

"Tidak perlu pakai face mask tapi mereka tetap mematuhi SOP seperti penjagaan jarak, sanitize tangan selalu. (Walaupun kosong kes, pengingatan di mana saja). Saya harap ini dapat beri penjelasan," katanya.

Dayah yang kini menetap bersama anak dan suaminya iaitu Muhammad Hanif Hamidi di Canberra selama setahun berkongsi perkara tersebut di laman Instagram miliknya.

Dekat Canberra dah berbulan tak ada kes Covid.

DAYAH BAKAR

PENGACARA

Menerusi laporan mStar pada 26 Januari lalu, Dayah mengakui biarpun terpaksa meninggalkan kebiasaan yang dilakukan di Malaysia namun dia mempercayai keputusan itu demi keluarga kecilnya.

Memilih untuk berehat selama setahun daripada mengacara di TV, pengacara berusia 32 tahun ini tetap meluahkan rasa syukur apabila kerja yang dilakukan melibatkan atas talian atau secara maya.

Dalam pada itu, pengacara program Borak Kopitiam ini turut berkongsi video memperlihatkan keindahan pemandangan ketika bersiar di Weston Park bersama keluarganya.

Foto Dayah bersama suami dan anaknya.

"Berkongsi dengan anda semua ciptaan Allah, dan berharap buat korang rasa tenang serta a bit relax untuk mulakan hari. Bila Dayah sampai di Weston Park, Dayah tak berhenti cakap 'Ya Allah cantiknya, masyaAllah subhanaAllah'.

"Nampak seperti lukisan tapi sebenarnya ia nyata," ujarnya.

Sebelum ini, Dayah meluahkan rasa syukur apabila penantian selama lebih setahun untuk bertemu suaminya yang juga pegawai tentera berpangkat kapten berpangkalan di Canberra, Australia berakhir.

Dayah berkahwin dengan Hanif pada 29 Jun 2018 dan dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Achbar Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 17 Ogos tahun lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain