suria

Pernah dipandang rendah, Amylea Azizan puas single baharu 'Kendati' kini dapat perhatian

Drama Takdir Yang Tertulis turut menyumbang kepada populariti lagu Kendati.

PENYANYI dan komposer Amylea Azizan mengakui bersyukur apabila lagu terbaharunya, Kendati mendapat perhatian selepas dimuatkan sebagai salah satu lagu OST drama yang menjadi fenomena masa kini, Takdir Yang Tertulis.

Menurut Amylea, 35, pada mulanya dia tidak mempunyai keyakinan untuk menerbitkan lagu ciptaannya itu kerana ada beberapa pihak yang memandang rendah terhadap kebolehan lagu itu untuk pergi lebih jauh.

ARTIKEL BERKAITAN: Watak wanita 'ting tong' dalam Takdir Yang Tertulis buka mata penonton terhadap lakonan Iman Suhana - “Itu memang perangai sebenar saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Babak Alvin Chong keluar kereta kejar peragut 'tak masuk akal'! Pengarah Takdir Yang Tertulis mengaku terlepas pandang - “Shoot dekat pukul 12 malam, sel-sel otak dah tak berhubung sangat”

"Jujur saya cakap, ada pihak tertentu yang merendah-rendahkan lagu ini pada mulanya.

"Ia juga menjadi antara sebab kenapa saya tak nak keluarkan lagu ini cepat kerana saya berasakan lagu ini tidak akan diterima.

Kendati merupakan salah satu lagu OST drama fenomena, Takdir Yang Tertulis.

"Tapi, inilah dikatakan rezeki yang mana Allah dah tetapkan apabila Kendati kini menjadi antara lagu yang trending pada masa kini," katanya kepada mStar.

Penyanyi yang telah mencipta lebih 100 buah lagu sepanjang kerjaya seninya ini turut merakamkan penghargaannya di atas kepercayaan pengarah Shahrulezad Mohameddin dan Fazli Baharom yang sentiasa memilih lagu ciptaannya sebagai penyeri drama terbitan mereka.

Jujur saya cakap, ada pihak tertentu yang merendah-rendahkan lagu ini pada mulanya.

AMYLEA AZIZAN

PENYANYI

"Saya sangat berterima kasih kepada Shahrulezad dan Fazli kerana mereka sentiasa percaya dengan bakat saya.

"Saya sudah menghasillkan lagu tema untuk drama mereka sejak dari tahun 2007 lagi.

"Sampai sekarang mereka masih lagi berikan peluang buat saya termasuk untuk Kendati dijadikan OST Takdir Yang Tertulis. Drama itu turut menyumbang publisiti buat lagu ini agar lebih dikenali ramai," ujarnya.

Kendati kini boleh didapati di semua aplikasi penstriman muzik sejak ia dilancarkan pada 31 Januari lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain