suria

Ayu Puteh puji kualiti pelakon lama, artis baharu ramai ‘bajet’ bagus - “Bayaran bukan main tinggi… harap muka sajalah!”

Ayu memuji kualiti pelakon lama yang lebih berdisiplin dan bersungguh-sungguh dalam karier seni.

SUSULAN pendedahan pelakon Nabila Huda mengenai pengalaman pertamanya menceburi bidang lakonan dengan hanya bayaran sebanyak RM600, penerbit terkenal Datuk Ayu Puteh tampil memuji kesungguhan aktres tersebut dalam bidang ini.

Merujuk kepada perkongsian Nabila itu, Ayu berkata kualiti pelakon pada hari ini ternyata berbeza kerana mereka dilihat tidak serius menceburi bidang lakonan dan terlalu berkira.

"Siapa Nabila Huda sekarang? Ada yang mampu jadi macam dia? Lambat lagi, artis baru yang ada-ada ni pun syok bagus... kadang-kadang berlakon yang memang berlakon, nampak palsunya, bukan nak belajar lebih!

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Huda imbau kenangan jadi pelakon sebab nak bayar bil telefon, job pertama 'kena kencing' hanya dibayar RM600 - “Berlakon kayu... kena maki bertubi-tubi sampai menangis”

ARTIKEL BERKAITAN: Gosip cinta dengan Hun Haqeem? Ayu Puteh sedar ramai artis nak ‘try’ Wanna Ali - “Ramai gilakan dia tapi zaman sekarang no money no cinta!”

"Walaupun bukan semualah tapi majoriti. Bayaran pula bukan main tinggi, lepas itu tak menyempat, tak macam artis yang lama-lama ni, berhemah kalau bayar lambat pun faham saja bila penerbit maklumkan. Elok sahaja!

"Kita rasa sayang pelakon macam tu, bahasa pun elok tak mengelupur. Artis baharu ni boleh tunjuk pakai jari saja berlambak sekarang ni... itu pun kadang tak bersyukur dapat job," katanya.



Ayu tulis pandangan di ruangan komen Instagram mStar Online Official.

Pemilik produksi Pencil Pictures & Records Sdn Bhd ini berkongsi pandangannya itu menerusi ruangan komen di Instagram mStar Online Official pada Rabu.

Dia menulis pendapat itu pada paparan artikel perkongsian pelakon Nabila Huda mengenai pengalamannya ketika baru bergelar pelakon pada tahun 2004.

Dalam pada itu, Ayu berkata trend pemilihan pelakon untuk membintangi sesebuah karya sudah berubah apabila wajah cantik lebih menjadi keutamaan berbanding kualiti lakonan.



Ayu bersama anaknya yang juga pelakon, Wanna Ali.

“Hasil lakonan tetap sama... asal ada, harap muka sajalah! Nasib baik stesen (televisyen) pun nak muka sahaja, kena campurkan hero handsome yang gred lima atau artis lama yang jelita dan hebat baru dapat aura. Kalau tidak? Sendu!

“Mereka (artis lama berbakat) tak banyak hal, mungkin sebab dah tak kisah bab glamor dan popular ni, dah kahwin pun penerbit tetap nak ambil sebab mudah bekerja, cuma kena berebutlah!

“Artis hebat kita tak ramai sebab tu yang baru macam cendawan, kalau rajin belajar okay sahaja... tapi sampai set baru nak baca skrip, lepas tu main telefon, ” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain