suria

Buat 'swab test' selepas rasa tak sedap badan, Syafiq Farhain sah positif Covid-19 - “Maafkan saya kerana menyusahkan”

Syafiq Farhain mengesahkan dirinya positif Covid-19.

SELEPAS beberapa selebriti mengesahkan diri mereka dijangkiti Covid-19, kali ini penyanyi Syafiq Farhain turut memaklumkan dirinya positif virus tersebut.

Syafiq atau nama sebenar Nursyafiq Farhain AM Salim memberitahu dia mengambil keputusan untuk melakukan ujian calitan pada Rabu selepas mengalami rasa tidak sihat.

"Semalam pergi swab test (ujian calitan) sebab rasa tak sedap badan dan keputusannya positif.

ARTIKEL BERKAITAN: Muka Syafiq Farhain bengkak bukan kerana disengat tebuan tapi tanam rambut! - “Penampilan sangat penting, ia bagi saya keyakinan”

"Kalau ada sesiapa rasa ada kontak rapat dengan saya lebih baik pergi buat ujian.

"Maafkan saya kerana menyusahkan," katanya menerusi Instastory pada Khamis.

Syafiq berkongsi berita mengejutkan itu menerusi Instagram.

Syafiq turut memuat naik paparan skrin laporan ujian calitan yang dilakukan menunjukkan dia positif virus tersebut.

Bagaimanapun dia tidak menyatakan punca dia menerima jangkitan tersebut.

Sebelum ini beberapa selebriti turut memaklumkan mereka dijangkiti Covid-19 antaranya Shima Anuar, Emma Maembong, vokalis kumpulan Drama Band iaitu Aepul Roza dan Aeril Zafrel.

Selain bergelar penyanyi, Syafiq juga merupakan seorang anggota bomba.

Pada Januari lalu, Syafiq yang juga merupakan anggota bomba di Balai Bomba Dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Putrajaya berkata pandemik Covid-19 menyebabkan dia terpaksa menangguhkan rangka promosi lagu terbaharu Kau Bidadari.

"Sepatutnya sekarang saya sedang mempromosi lagu Kau Bidadari, namun semuanya terpaksa ditunda ke tarikh lain memandangkan negara kita belum Bebas daripada Covid-19.

"Kalau ikutkan, dah dua kali tunda sebab Covid-19. Apa boleh buat, kerjaya itu penting, tapi kesihatan perlu diutamakan.

"Sebelum ini shooting muzik video ditunda kerana team production kena kuarantin selama 14 hari kerana ada antara kami yang mempunyai kontak rapat dengan positif Covid-19. Kemudian, kali kedua ditunda kerana PKP 2.0 dilaksanakan. Semua shooting terpaksa dibatalkan," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain