suria

Genap setahun pemergian Ashraf Sinclair, BCL luahkan sesuatu di pusara... Tak pernah jemu ziarah bersama anak

Bunga Citra Lestari dan anaknya, Noah menziarahi pusara Ashraf Sinclair.

GENAP setahun pemergian pelakon Allahyarham Ashraf Sinclair, isterinya yang juga penyanyi Bunga Citra Lestari terus setia menziarahi pusara arwah suaminya seperti kebiasaan yang dilakukannya sebelum ini.

Menerusi entri terbaharu di Instagram, Bunga memuat naik gambar bersama anaknya, Noah Aidan Sinclair di tanah perkuburan San Diego Hill Memorial Park, Jakarta.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir setahun pemergian Ashraf Sinclair, BCL cerita detik akhir sebelum suami disahkan meninggal dunia - “Dalam fikiran saya cuma kata... kalau awak nak pergi, pergilah”

"Hey Daddy, sudah setahun kamu pergi meninggalkan kami.

Bunga dan Noah mengenang setahun pemergian Ashraf.

"Nak beritahu... bukan mudah bagi kami lalui hari-hari mendatang tapi kami akan cuba laluinya dengan baik. Kami baik-baik sahaja.

"Jangan risau tentang kami. Semoga kamu tenang di sana, kami rindukan kamu," kata Bunga.

Nak beritahu bukan mudah bagi kami lalui hari-hari mendatang tapi kami akan cuba laluinya dengan baik.

BUNGA CITRA LESTARI

PENYANYI

Bunga dan Noah hadir di tanah perkuburan itu dengan berpakaian sedondon berona biru.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Wanita Terbahagia itu sebelum ini membuat pendedahan menerusi sebuah video mengatakan dia berasa kesal kerana tidak meluangkan lebih banyak masa dan sibuk dengan kerjaya sebelum pemergian arwah suaminya.

Ashraf meninggal dunia pada usia 41 akibat serangan jantung pada 18 Februari tahun lalu di kediaman pasangan itu di Jakarta.

Ashraf dan Bunga berkahwin pada 8 November 2008 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 11 tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain