SEMPENA ulang tahun ibu tercinta iaitu Che Bunga Salleh, pelakon Ruhainies membuat kejutan menghadiahkan jambangan bunga berasaskan wang kertas bernilai RM1,500 dan telefon pintar baharu. Menurut Ruhainies, dia tidak dapat memberikan hadiah barang kemas seperti tahun sebelum ini kerana bimbang untuk membawa ibunya keluar dalam keadaan kes Covid-19 semakin meningkat. ARTIKEL BERKAITAN: Isu foto 'sweet' dengan Ruhainies, Zul Ariffin hanya jalankan amanah sebagai pelakon - “Kalau anda tak nak tengok, jangan ada TV!” Tambah pemilik nama Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas lagi, adik-beradik yang lain turut memberikan hadiah berbentuk wang tunai pada majlis sambutan ulang tahun ke-60 ibu mereka, malam Jumaat. Ruhainies turut menghadiahkan sebuah telefon pintar kepada ibunya. "Kalau ikutkan, setiap tahun selalunya saya akan bawa ibu pergi ke kedai emas dan belikan dia rantai atau gelang... apa-apa saja tapi emas sebab dia suka. "Tapi tahun ini PKP dan kes Covid pun semakin meningkat, saya tak berani nak bawa dia keluar. Jadi, saya beri hadiah duit dan handphone baharu untuk dia. Jumlah duit pada jambangan bunga hanya RM1,500 sahaja. "Sebab ini kali pertama saya tempah jambangan bunga duit macam itu... tak berani nak letak duit banyak sangat. Adik-beradik lain pun beri duit sahaja untuk tahun ini," kata Ruhainies kepada mStar. Perkongsian video pelakon berusia 29 tahun itu memberi kejutan hadiah jambangan bunga berbentuk duit di laman Instagram miliknya pada malam, Jumaat menarik perhatian netizen. Saya tak nak rasa menyesal kalau tak dapat nak gembirakan keluarga. RUHAINIES PELAKON Rata-rata netizen turut memberi ucapan selamat hari lahir dan terhibur melihat aksi 'comel' ibu Ruhainies yang terkejut melihat hadiah jambangan bunga duit itu. Dalam pada itu, pelakon drama siri Lelaki Lingkungan Cinta ini memberitahu dia sentiasa mahu menggembirakan kedua ibu bapanya selagi mereka masih hidup. "Sudah tentu dia terkejut dan gembira dapat kejutan daripada anak-anak. Tambahan pula, ini kali pertama dia dapat jambangan bunga berbentuk duit. Bagi saya, ini saja peluang yang saya tak nak lepaskan. Ruhainies mahu menggembirakan ibu bapanya selagi mereka masih hidup. "Nanti bila masing-masing dah kahwin dan tinggal berasingan dah tak sama macam sekarang. Sebab kita dah ada tanggungjawab baharu. Sekarang ini, saya memang fikir nak gembirakan ibu dan bapa saya sahaja. "Setiap kali ada sambutan apa-apa, kami adik-beradik mesti merancang kejutan sebab itu cara kami menghargai satu sama lain. Saya tak nak rasa menyesal kalau tak dapat nak gembirakan keluarga. "Sementara semua orang masih ada dan dalam keadaan sihat, kita buat apa yang kita mampu untuk gembirakan mereka terutama ibu bapa kita," ujarnya Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!