suria

Fizo Omar ‘psiko’ calon SPM, minta buat terbaik demi ibu bapa - “Sekurang-kurangnya bagi lepas masuk universiti... pakai jubah konvo”

Fizo kongsi foto lamanya ketika zaman persekolahan di Sultan Ismail College (SIC) Kota Bharu, Kelantan.

PELAKON Fizo Omar berkongsi kenangannya ketika menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sultan Ismail College (SIC) Kota Bharu, Kelantan pada tahun 2002.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar menerusi Instagram mengakui dia tidak begitu berminat dalam bidang akademik kerana terlalu sibuk mewakili Kelantan dan Malaysia dalam sukan bola sepak.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ayah sanggup buat apa sahaja demi anak tapi disebabkan Covid-19, apa pun tak boleh buat” - Fizo Omar syukur kesihatan anak semakin pulih

Mengakui kerap ponteng sekolah, namun pelakon berusia 36 tahun ini tetap melakukan yang terbaik dalam menjawab peperiksaan SPM supaya dia layak menyambung pelajaran ke universiti.

Fizo akui lebih minat sukan bola sepak ketika di bangku sekolah.

"Tahun 2002 saja... bukan lama sangat abe Joe ambil SPM, tapi gambar tu saja yang ada dalam telefon ni. Kenangan di Sultan Ismail College (SIC) Kota Bharu. Bab belajar ni liat (malas) sikit dulu sebab masa tu tak fikir fasal belajar sangat.

"Sibuk main bola wakil Kelantan dan Malaysia. Hari-hari mesti ada latihan dan hujung minggu saja travel untuk away game. Kalau tak tuang (ponteng) kelas seminggu sekali tu tak sah la.

"Lepas itu, apabila ada national training kena base kat Sekolah Sukan Bukit Jalil, jadi faham-faham sajalah. Tapi apabila nak ambil SPM tu all out lain macam sikit, demi masa depan dik. Sekurang-kurangnya bagi lepas masuk universiti, kemudian tu kita cerita la apa nak jadi," katanya.

Apa-apa pun kasi henjut lepaskan SPM dulu.

FIZO OMAR

PELAKON

Pelakon drama bersiri Pengantin Satu Malam ini turut memuat naik foto dia ketika di zaman persekolahan di Instagram sebagai memberi semangat kepada calon pelajar SPM yang mula menduduki peperiksaan pada Isnin.

Rata-rata netizen memuji semangat Fizo yang ingin berjaya dalam SPM selain turut berkongsi pengalaman yang sama ketika di zaman persekolahan.

Dalam pada itu, bekas suami kepada ahli perniagaan Mawar Abdul Karim ini meluahkan rasa syukur dapat menyambung pelajarannya dalam jurusan Kejuruteraan Awam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis.

Selepas menamatkan pelajaran, Fizo memilih untuk menceburi dunia lakonan namun disebabkan mempunyai keinginan untuk belajar, dia kini kembali menjadi pelajar di Universiti Utara Malaysia (UUM), kampus Kuala Lumpur.

Fizo mempunyai seorang anak perempuan, Maryam.

"Alhamdulillah dapat juga masuk UiTM Arau buat civil engineering. Ok la dapat result cukup-cukup untuk pakai jubah convo agar mak ayah gembira. Lepas itu rasa tak nak belajar dah, nak buat apa yang abe Joe suka.

"Terus berlakon dan buat bisnes sekarang ni. Tapi apabila tahap sekarang ni rasa gedik nak sambung belajar pula, jadi sambunglah masters di UUM KL buat research yang tak habis-habis lagi ni.

"Jadi apa abe Joe nak kongsi, memang tak semua orang rajin nak belajar, tapi benda tu sangat penting dik. Learning procees is never ending. Apa-apa pun kasi lepaskan SPM dulu.

"Lepas itu korang nak jadi batman ke, ultraman ke suka hati korang la. Janji result SPM tu biar boleh eja la. Kalau dapat B, C, D susah nak eja dik. Kalau ada A, kira ok la. E pun boleh eja tapi tak perlu la. Apa-apa pun all the best," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain