suria

Tiga hari mimpi aneh, Ratu Balqis mula tutup aurat... padam foto seksi di IG - “Ibu nasihat saya berubah, dekatkan diri dengan Allah”

Balqis mengakui sedang dalam proses menjadi seorang muslimah yang lebih baik.

TAMPIL dengan imej bertudung, penyanyi Ratu Balqis berkata dia kini dalam proses menjadi seorang muslimah yang lebih baik.

Menurut Balqis, 22, dia mula mengubah penampilan menutup aurat termasuklah mendekatkan diri dengan agama selepas mengalami mimpi aneh, awal tahun ini.

"Tak mahulah cakap sudah bertudung sepenuhnya kerana saya masih lagi dalam proses belajar, tapi apa yang boleh saya cakap sekarang saya cuba perlahan-lahan belajar menutup aurat.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun menghilangkan diri, Ratu Balqis muncul dengan ‘Buaya’ bersama Mimi Fly!

"Hati saya mula terdetik selepas tiga hari didatangi mimpi yang sama sehinggalah saya terfikir untuk cuba berubah menjadi seorang wanita yang lebih baik.

"Ibu pun nasihat saya untuk berubah, dekatkan diri dengan Allah, jaga solat dan sebagainya... sebab itu saya cuba dengan menutup aurat terlebih dahulu," katanya kepada mStar.

Balqis padam foto seksi di Instagram.

Menerusi Instagram, bekas peserta program Mentor Milenia 2017 ini didapati memadam gambar lamanya yang tidak menutup aurat.

Tindakan penyanyi lagu Buaya ini menerima komen positif peminat yang turut memuji penampilan baharunya itu.

Sebelum ini orang memang tahu lagu-lagu saya berentak rancak dan ada tarian, kita tengoklah lagu akan datang macam mana!

RATU BALQIS

PENYANYI

"Alhamdulillah ramai yang puji dan beri kata-kata semangat... dalam keadaan sekarang ini saya perlukan sokongan semua pihak.

"Sejujurnya banyak lagi yang saya perlu belajar kerana diri ini masih belum sempurna. Doakan saya istiqamah dan kekal dengan imej begini," ujarnya.

Balqis akan teruskan karier nyanyian meskipun sudah berhijab.

Meskipun sudah mengenakan hijab, Balqis berkata dia akan tetap meneruskan karier nyanyian.

"Bidang nyanyian akan diteruskan... mungkin lagu selepas ini akan disesuaikan dengan penampilan saya.

"Sebelum ini orang memang tahu lagu-lagu saya berentak rancak dan ada tarian, kita tengoklah lagu akan datang macam mana.

"Selepas lagu Buaya, saya ada perancangan nak rakam lagu mengenai anak yang memang saya tujukan kepada anak lelaki saya iaitu Hamka... lagu dan lirik saya dah buat, InsyaAllah," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain