SELEPAS sehari menghilangkan diri daripada media sosial, akhirnya pelakon Janna Nick mengaktifkan semula Instagram miliknya. Menerusi perkongsian terbaharu, Janna memuat naik klip promo drama lakonannya berjudul Marry Me, Senorita yang sedang bersiaran di Astro Ria. Meskipun akaun tersebut sudah boleh diakses oleh semua pengguna, namun Janna masih menghadkan komen daripada pengikut. ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara ‘Lisa Blackpig’ akaun Instagram, Twitter Janna Nick gagal diakses! Peminat Kpop bersatu hati buat gerakan ‘report’ Sebelum ini menerusi laporan sebuah portal, Janna berkata dia menutup sementara akaun Instagram miliknya kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan. "Saya yang menghilangkan diri daripada alam maya, tapi minta maaf kerana saya tidak boleh komen banyak. Janna Nick dikecam netizen sehingga namanya menjadi trending di media sosial sejak Ahad. "Setakat ini siasatan polis sedang dijalankan dan saya tak boleh nak komen lebih. "Secara peribadi, saya okay tiada sosial media tapi saya juga ada komitmen dengan klien. Mujur mereka memahami dan biarlah dulu sehingga semua selesai," katanya. Bagaimanapun carian di Twitter, akaun aktres ini di platform berkenaan masih tidak dijumpai. Pada Ahad, Janna menjadi sasaran netizen hingga namanya trending di Twitter serta wujud tanda pagar #JannaNickGoingToJailParty. Janna dan teman lelaki, Dini bergandingan dalam drama Marry Me, Senorita. Ia berikutan aktres itu didakwa mempersendakan bintang Kpop, Lisa daripada kumpulan Blackpink apabila salah satu watak telefilem pertama arahannya, Delen dikatakan menggunakan nama Lisa Blackpig. Selain itu, Janna turut dikecam apabila video lama yang mengaitkan dia dengan kematian anggota kumpulan Shinee, Jonghyun yang meninggal dunia pada 2017 kembali diperkatakan apabila ia dikongsikan semula peminat Kpop. Marry Me Senorita lakonan Janna bersama kekasih Dini Schatzmann bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di saluran Astro Ria. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!