suria

Azhan Rani kecewa disangka pokai tak mampu bayar hutang bank - “Teruk sangat hidup saya ni ya?”

Azhan kini menjalani penggambaran drama bersiri Kiblat Yang Hilang terbitan Awesome TV.

GARA-GARA bergurau kononnya diburu pihak bank kerana gagal membayar hutang, pelakon Azhan Rani mula 'sakit kepala' memikirkan akibat yang bakal ditanggungnya pada masa depan.

Ujar Azhan, 45, tindakan beberapa penulis blog menggunakan posting sosial media yang dibuatnya tanpa menyelidik terlebih dahulu menimbulkan salah faham.

ARTIKEL BERKAITAN: Azhan Rani tegur PBT layan warga emas - “Mesti ada sebab kenapa dia sanggup sehina itu mempertahankan barang-barangnya”

"Dalam posting itu saya cuma bergurau. Saya tidak tahu pula mereka (blog) akan gunakan tajuk yang jauh menyimpang seolah-olah nak cakap yang saya dikejar pihak bank sebab tak bayar hutang.

"Saya tahu mereka nak lariskan cerita, tapi sekurang-kurangnya telefon saya dahulu, macam yang pihak mStar buat ni... tanyakan kepastian.

"Ini tidak, mereka buat tajuk macam itu, nanti kalau di masa akan datang saya nak buat loan, mungkin akan hadapi masalah kerana artikel begitu," katanya kepada mStar.

Posting gurauan yang dimuat naik Azhan di Instagram.

Sebelum ini Azhan ada memuat naik posting bernada gurauan bercerita kononnya dihubungi pihak bank kerana terlambat melunaskan komitmen bulanan.

Malah pelakon drama Nur ini menulis kelewatan itu disebabkan dia tidak mempunyai pendapatan kerana tidak boleh bekerja susulan perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Saya tahu mereka nak lariskan cerita, tapi sekurang-kurangnya telefon saya dahulu... tanya kepastian.

AZHAN RANI

PELAKON

Namun jelas Azhan, muat naik berkenaan hanyalah sekadar gurauan dan sebenarnya tidak berdepan masalah seperti yang diperkatakan.

"Saya memang jenis suka bergurau dalam Instagram, sebabnya nak hiburkan hati sendiri.

"Tak banyak benda serius pun dalam Instagram saya tu, semua benda merepek je.

"Tapi apabila mereka buat tajuk saya kena buru bank, macam teruk sangat hidup saya ni ya," katanya.

Azhan kini terlibat dengan penggambaran drama bersiri Kiblat Yang Hilang.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Azhan kini berkampung di Hulu Langat selama dua bulan untuk menjayakan penggambaran drama bersiri Kiblat Yang Hilang terbitan Awesome TV.

"Kiblat Yang Hilang ini merupakan drama untuk tayangan bulan Ramadan nanti. Semua pelakon dan kru produksi kena berkampung selama dua bulan, kami tak boleh keluar sebab terikat dengan SOP (prosedur operasi standard) yang mana buat masa ini hanya membenarkan penggambaran dalam studio sahaja," katanya.

Selain Azhan, Kiblat Yang Hilang turut dibintangi Sweet Qismina, Laila Nasir, Kartina Aziz dan Neera Azizi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

pelakon, Azhan Rani, Awesome TV, drama Nur

Artikel Lain