suria

Wajah dan fizikal beri kelebihan Daiyan Trisha bawa karakter budak sekolah - “Kalau ikutkan watak dalam drama itu dengan usia saya 10 tahun beza”

Bertubuh kecil memberi kelebihan kepada Daiyan untuk membawa watak pelajar sekolah.

MENGANGGAP wajah awet muda dan bentuk badan yang kecil sebagai satu kelebihan, pelakon Daiyan Trisha mengakui dia seronok dapat memegang watak pelajar sekolah bernama Aaida dalam drama siri terbaharu berjudul Projek Anchor SPM.

Berkongsi mengenai watak tersebut, Daiyan mengakui dia berasa bangga dapat menjadi Aida yang dianggap sebagai wakil kepada pelajar sekolah yang berdepan dengan tekanan dari segi pelajaran dan konflik kekeluargaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Daiyan Trisha hadiahkan ibu bapa kereta mewah - “Buat apa tangguhkan lagi untuk parents, kita tak tahu apa terjadi akan datang”

"Sejujurnya, saya memang enjoy sangat membawa watak sebagai Aaida. Mungkin fizikal dan wajah saya memberi satu kelebihan untuk diri saya masih dipanggil untuk memegang watak remaja sekolah.



Daiyan membawa watak sebagai Aaida.

"Kalau nak ikutkan watak dalam drama itu dengan diri saya jauh usia 10 tahun beza... bukan saya seorang sahaja, rasa-rasanya semua pelakon pun sama. Bagi saya, Aaida adalah wakil bagi ramai pelajar sekolah yang mempunyai tekanan dalam pelajaran.

"Selain mempunyai masalah peribadi dan konflik dalam keluarganya. Sebab itu, saya rasa sangat bangga dapat memegang watak yang mewakili ramai pelajar," kata Daiyan kepada mStar.

Pelakon berusia 27 tahun itu berkongsi mengenai wataknya itu ketika sesi sidang media drama siri Projek Anchor SPM secara maya pada Selasa.

Saya rasa sangat bangga dapat memegang watak yang mewakili ramai pelajar.

DAIYAN TRISHA

PELAKON

Selain Daiyan, drama arahan dua pengarah iaitu Razaisyam Rashid dan Anwari Ashraf turut dibintangi oleh Aedy Ashraf, Shasha Abedul, Nadhir Nasar, Chubb-E, Adlin Aman, Tony Eusoff, Hasnul Rahmat, serta ramai lagi.

Drama yang mempunyai lapan episod itu akan ditayangkan bermula 15 Mac depan setiap Isnin pada pukul 9 malam menerusi Astro Citra 108 (HD) dan 128 (SD).

Menerusi laporan mStar pada 5 Disember tahun lalu, Daiyan yang juga seorang penyanyi meluahkan rasa gembira dapat bekerjasama dengan Razaisyam selepas beberapa kali terpaksa menolak tawaran daripada pengarah itu.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Langit ini memberitahu dia menjadikan kakaknya sendiri sebagai rujukan memandangkan kata kunci untuk watak Aaida adalah 'budak pandai'.



Daiyan turut bergandingan dengan Aedy.

Mengakui dirinya bukan seorang pelajar yang cerdik ketika di bangku sekolah, Daiyan mengambil pengalaman kakaknya untuk menjayakan watak tersebut.

"Sebenarnya apa yang kita meeting, keyword untuk watak Aaida ini adalah budak pandai. Untuk memahami dan menjiwai watak itu, saya jadikan kakak saya sendiri sebagai rujukan.

"Sebab ketika di bangku sekolah, saya bukan budak pandai... berbeza dengan kakak saya yang sentiasa mahu dapatkan A dalam semua mata pelajaran.

"Jadi, saya gunakan pengalaman dia struggle nak dapatkan straight A untuk menjayakan watak sebagai Aaida dalam drama siri itu," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain