PELAWAK Atu daripada kumpulan Zero yang tiba-tiba rebah selepas menunaikan solat Isyak di kediamannya di Puncak Alam, Selangor dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Shah Alam pada malam, Isnin. Isterinya, Shafeeqa Johari, berkata, keadaan cuaca yang panas menjadi punca Atu atau nama sebenarnya, Sharid Kunal Doli Sharif, 29, terkena strok haba. ARTIKEL BERKAITAN: “Kami tolong sukarela, sikit pun tak ambil untung” - Isteri Atu Zero kesal dituduh jual PPE, minta henti sebar fitnah "Lepas solat Isyak ketika dia dah bagi salam, dia terus terduduk lama, saya ingatkan dia penat sangat sebab sehari suntuk sebelum tu dia ada shooting drama. Saya ingatkan dia nak tidur tapi tiba-tiba dia rebah pitam di depan saya. "Saya terus bergegas bawa dia ke hospital dan doktor cakap dia kurang air dalam badan dan dengan keadaan cuaca panas sekarang, itu yang dia kena strok haba. Shafeeqa berkongsikan keadaan suaminya di laman Instagram. "Atu memang dah cirit-birit sejak Ahad lalu, jadi badan dia dah dyharated (kurang air dalam badan) tapi dia tetap juga pergi kerja, selesaikan shooting dia dulu, dan malam tadi kemuncaknya bila dia dah pitam," katanya kepada mStar. Syafeeqa juga berkata, suaminya kini berada dalam keadaan stabil. Saya ingatkan dia nak tidur tapi tiba-tiba dia rebah pitam di depan saya. SHAFEEQA JOHARI ISTERI ATU ZERO "Setakat ini doktor dah masukkan dua botol air dan kemungkinan besar dia akan keluar wad hari ini (Selasa). "Doktor ada cakap strok haba bahaya (kalau dibiarkan) sebab ia boleh buat lumpuh satu badan, jadi kalau rasa tak sedap badan cepat-cepat pergi dapatkan rawatan. "Sebelum ini, Atu memang ada mengadu dengan saya, dia tak boleh rasa separuh tangan dia, tapi disebabkan Atu ni rajin bekerja, jadi dia biarkan dulu perkara itu. Atu akan kembali beraksi di pentas MLS 2 pada Jumaat ini. "Doktor pun dah nasihatkan pada dia kena berehat dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga hari, tapi Atu tetap masih fikirkan pasal kerja sampai sekarang ini sebab dia rasa bertanggungjawab untuk selesaikan kerja-kerja dia yang tertangguh," katanya. Atu akan kembali beraksi dalam pentas Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS 2) pada Jumaat ini. Selain Atu, kumpulan UNI turut disertai Fad Bocey dan Fakhrul UNIC. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!