KEJAYAAN lagu Teman sedikit sebanyak membantu melonjakkan nama penyanyi baharu, Iman Troye sebagai salah seorang pelapis industri muzik tanah air. Ini terbukti apabila lagu ciptaan Ezra Kong dan A. Ramlee itu berjaya menduduki carta muzik tempatan sejak dilancarkan pada September tahun lalu. Lebih mengujakan apabila peminat meletakkan harapan agar lagu ini layak bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL), tahun depan. ARTIKEL BERKAITAN: Iman Troye dilabel Nabila Razali 2.0, ada juga kata seiras Emma Maembong! - “Lainlah... dia lagi cantik” "Alhamdulillah lagu pertama saya diterima baik oleh pendengar. Tentang AJL? InsyaAllah kalau ada rezeki tapi sejujurnya saya rasa tak bersedia lagi sebab saya masih muda untuk semua ini. "Saya rasa macam tak layak untuk berdepan dengan penyanyi hebat lain contohnya Naim Daniel, Ernie Zakri, Syamel dan Aina Abdul. Saya rasa sangat tak layak nak berdiri atas pentas AJL itu. Iman tak sangka sambutan hebat diterima untuk lagu pertama nyanyiannya berjudul Teman. "Tapi sebagai penyanyi semestinya niat nak masuk AJL itu ada, cuma saya target untuk muncul dengan lagu balada. Tapi semuanya berbalik pada rezeki, kalau Teman dapat masuk AJL kita sudah ada plan," katanya kepada mStar. Bercakap mengenai karier nyanyiannya, penyanyi berusia 19 tahun ini memaklumkan dia bakal muncul dengan single kedua tidak lama lagi. InsyaAllah lagu baharu ini akan lebih baik daripada Teman! IMAN TROYE PENYANYI Mengakui gementar dengan penerimaan pendengar, Iman berharap lagu baharunya itu akan menerima sambutan yang sama hebat seperti lagu Teman. "Lagu Teman saya memang happy dengan maklum balas pendengar tapi sedikit gementar untuk lagu kedua sebab saya takut orang mengharapkan sesuatu yang lebih. Iman rasa tak layak bersaing dengan penyanyi hebat lain antaranya Naim Daniel. "Bimbang mereka bandingkan dengan lagu Teman, itu yang saya takut tapi saya harap lagu seterusnya vibes masih dapat dikekalkan. "Saya mahu tunjuk lebih baik dalam lagu seterusnya sebab dalam lagu Teman saya tak tunjuk 100 peratus lagi. InsyaAllah lagu baharu ini akan lebih baik daripada Teman," katanya memaklumkan lagu baharu itu akan dilancarkan selepas Aidilfitri nanti. Video muzik (MV) Teman yang dimuat naik di laman YouTube sejak Oktober tahun lalu sudah menerima hampir 30 juta tontonan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!