suria

Mawar Karim dituduh cemburu kerana larang bakal isteri Fizo Omar gelar diri mummy atau mama pada anak - “Saya masih waras... tak perlu iri hati”

Mawar Karim terima pelbagai kritikan selepas kenyataannya melarang bakal isteri Fizo menggelar diri mama atau mummy.

BEKAS isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Mawar Karim meminta netizen tidak menjatuhkan hukum dengan menuduhnya cemburu selepas melarang mana-mana wanita yang bakal berkahwin dengan pelakon itu menggunakan perkataan mummy atau mama kepada anak tunggal mereka, Maryam.

Menyedari pelbagai komen kritikan yang diterima di media sosial, Mawar tampil menjelaskan maksud sebenar yang cuba disampaikan berhubung kenyataannya itu.

"Cuba faham betul-betul apa yang saya kata ini sangat ringkas dan mudah difahami, juga jelas perkataan mummy atau mama.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizo Omar nak kahwin lain? Silakan... tapi Mawar ada pesanan - “Siapa pun bakal ibu baru Maryam, jangan panggil mummy atau mama”

"Dua panggilan ini khas buat Maryam untuk saya. Selain itu ibu, umi, bonda kawasan, sewaktu dengannya terpulang satu hari kalau Maryam ditakdirkan dapat mak baru.

"Saya masih waras dan boleh berfikir secara logik kakak-kakak sayang semua, jangan cepat menghukum kata saya cemburu," katanya menerusi Instastory.



Mawar jelaskan maksud yang disampaikan sebelum ini.

Pada Isnin, Mawar menjawab beberapa pertanyaan daripada netizen yang ingin mengetahui perasaannya sekiranya bekas suami berkahwin buat kali kedua.

Dalam jawapannya itu, Mawar sempat memberi pesanan kepada mana-mana wanita yang bakal berkahwin dengan Fizo agar tidak membahasakan diri dengan panggilan istimewa antara anak dan ibu dengan Maryam.

Chill saja kakak-kakak sayang, banyak benda lagi saya nak fikir untuk masa depan, jangan risau ya!

MAWAR KARIM

BEKAS ISTERI FIZO OMAR

Meskipun kenyataan itu mengundang rasa kurang senang segelintir netizen, Mawar berkata dia menerima komen tersebut dengan hati terbuka.

"Saya bukan jenis cepat melenting mahupun melatah kakak-kakak sekalian, saya tidak ambil hati mahupun terasa hati dengan komen-komen yang kelakar. Sekali imbas sahaja saya baca terlalu banyak respon saya terima.



Mawar dan Fizo bersama-sama membesarkan anak tunggal mereka, Maryam.

"Masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri tidak perlu iri hati siapa lebih siapa kurang, yang pasti fokus utama saya untuk Maryam. Tiada masa nak jealous kehidupan sesiapa.

"Chill saja kakak-kakak sayang, banyak benda lagi saya nak fikir untuk masa depan, jangan risau ya," ujarnya.

Mawar mendirikan rumah tangga dengan Fizo pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Ikatan perkahwinan selama enam tahun pasangan itu terlerai apabila Fizo melafazkan talak satu terhadap Mawar pada 10 Julai 2019 di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain