suria

Diana Danielle bengang pembeli 'hilang' lepas COD barang - “Awak sangat biadab... kalau nak cancel terus cakap, tak perlu pedajal orang!”

Diana Danielle kesal sikap pembeli yang tidak bertanggungjawab.

PELAKON Diana Danielle meluahkan rasa kesal terhadap individu yang bersikap tidak bertanggungjawab selepas bersetuju untuk membeli barang terpakai miliknya namun menghilangkan diri selepas penghantaran dilakukan.

Menerusi Instagram, Diana, 30, berkata, tindakan pembeli itu hanya menyusahkan pihak penghantaran (runner) yang terpaksa mencari dan menunggu lama bagi menyerahkan barang tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Rasa bersalah terhadap anak-anak, Diana Danielle akan perlahankan kerjaya lakonan - “Saya korbankan banyak benda tahun ini”

"Saya tidak kisah siapa pun nak beli atau nak cancel sebab itu bukan sumber pendapatan saya... saya nak letgo barang yang penuh kat rumah ni.

"Lebih berhemah jika anda nak cancel tu terus cakap, tak perlu segan silu, kami okey sahaja.

"Orang tu (runner) dah habiskan minyak pergi sana dan awak pun hilang! Sedangkan ramai lagi yang nak beli, saya utamakan awak sebab first come first serve," katanya.



Diana berkongsikan keluhannya di Instagram.

Individu tersebut difahamkan secara tiba-tiba membatalkan hasrat untuk membeli car seat kanak-kanak selepas runner membuat penghantaran dari Damansara ke Kajang, Selangor.

"Awak sangat biadab... awak ni tiada hati dan perasaan kat runner tu ke? Saya kasihan kat runner kita je. Tak perlulah pedajal orang yang hanya nak jalankan tugas dia.

"Tolong jadi pembeli yang bertanggungjawab. Inilah yang selalu saya dengar terjadi pada orang yang nak COD (cash on delivery).

"Cakap beriya, dah sampai batang hidung pun dia sorok dalam gua," luah Diana.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain