KEADAAN kesihatan penyanyi Andi Bernadee dilaporkan semakin baik setelah dua minggu mendapatkan rawatan daripada seorang ustaz selepas didakwa menjadi mangsa sihir, baru-baru ini. Menurut pengurusnya iaitu Nasir Deraman, Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile sudah mula bekerja dan sedang menjalani siri rakaman program televisyen. Bagaimanapun penyanyi lagu Kais Pagi Kais Petang ini masih perlu meneruskan rawatan tersebut bagi memastikan benar-benar pulih daripada gangguan sihir itu. ARTIKEL BERKAITAN: “Aku penat rebah, cakap Siam... mengilai-ngilai” - Andi Bernadee kena santau, jumpa paku dan bangkai katak dalam rumah "Andi sudah mula bekerja, tapi masih perlu dipantau. Setiap kali keluar dia perlu ada teman sebab keadaannya masih on off lagi. Benda-benda berkaitan ilmu hitam dan sihir ini memerlukan masa untuk berubat! NASIR DERAMAN PENGURUS ANDI BERNADEE "Buat masa ini dia masih lagi mendapatkan rawatan. Benda-benda berkaitan ilmu hitam dan sihir ini memerlukan masa untuk berubat," katanya kepada mStar. Andi terbabit dengan sebuah program realiti terbitan Astro dan bakal menjalani penggambaran drama tidak lama lagi. Andi temui paku karat dan bangkai katak yang sudah kering di kediamannya. Pada 17 Februari lalu, Andi mendakwa menjadi mangsa ilmu hitam sehingga menjejaskan kesihatan dan menyebabkan dia berada di luar kawalan. Penyanyi lagu Penat ini memberitahu sihir dan santau yang dihantar kepadanya itu menyebabkan dia bertindak seperti orang tidak normal. Dia mula menunjukkan perubahan sikap termasuklah bercakap seorang diri dalam bilik air dan bertutur dalam bahasa Siam. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!