suria

Sengaja nyanyi ‘My Boo’ dalam slang Inggeris… anak Ayu Puteh, Alif Ali sedia dikecam - “Memang kita simpan accent itu… boleh jadi trademark”

Alif Ali masih ingat pesanan ibunya, Ayu Puteh sebelum melangkah ke industri seni.

PENYANYI baharu, Alif Ali bersedia menerima kritikan netizen mengenai cara sebutan atau slang nyanyiannya dalam lagu terbaharu berjudul My Boo.

Menyedari akan ada pendengar yang mempersoalkan mengenai sebutan pada lirik yang kedengaran seperti slang bahasa Inggeris, anak kepada penerbit Datuk Ayu Puteh ini berkata dia memang sengaja menyanyi seperti itu.

"Ya saya sedar tentang itu... sebenarnya memang kita nak simpan English accent tu sebab ia ada sesuatu, mungkin boleh jadi trademark (cara nyanyian) saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fian Ali akhirnya buat ‘comeback’, lebih senang guna pengaruh ibu - “Rugi tak guna peluang tunjuk bakat yang ada”

"Saya sudah bersedia untuk sebarang kecaman, mind set memang kena bersedia apabila melangkah kaki dalam industri ini... bagi saya itu lumrah!

"Sejujurnya pada awalnya saya agak pemalu untuk memulakan langkah dalam bidang seni tapi apabila melihat kakak dan abang iaitu Wanna Ali dan Fian Ali sudah ke hadapan, saya buang perasaan malu itu dan beranikan diri merakamkan lagu My Boo ini," katanya kepada mStar.



Alif (kiri) bersama abangnya, Fian Ali (kanan) yang baru sahaja tampil dengan single baharu berjudul Ala Shayang.

Alif, 16, berkata demikian semasa pelancaran lagu terbaharu nyanyiannya berjudul My Boo yang diadakan secara maya, baru-baru ini.

Selain Alif, abangnya iaitu Fian Ali turut tampil dengan single kedua berjudul Ala Shayang.

Saya sudah bersedia untuk sebarang kecaman, mind set memang kena bersedia dari awal!

ALIF ALI

PENYANYI

Sementara itu, Fian, 25, pula berkata mereka adik-beradik sudah bersedia berdepan dengan pelbagai cabaran bergelar selebriti.

"Bila orang dah mula kenal kami sebagai adik beradik, tidak mustahil sekiranya ada yang akan terpalit dengan kontroversi.



Ayu Puteh (empat dari kiri) bersama suami Aiman Ismail (tiga dari kanan) dan anak-anaknya.

"Seorang terbabit cerita panas pasti yang lain turut terkena tempias tetapi apabila berada dalam industri sama saya sendiri tahu macam mana situasinya. Kami akan buat yang terbaik dan terus banggakan ibu (Ayu).

"InsyaAllah mungkin satu hari nanti saya, Alif dan Wanna akan ada projek khas kami bersama... perancangan itu memang dah ada sejak dahulu, ” ujarnya.

Lagu My Boo dan Ala Shayang sudah boleh didapati disemua platform digital dan laman YouTube, Indigital Music.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain