suria

Bawa watak pengetua sekolah dalam 'Projek Anchor SPM', Adlin Aman Ramlie sedia dibenci - “Saya tidak ambil perkara itu secara peribadi”

Adlin memegang watak sebagai Pengetua Awang.

PELAKON Adlin Aman Ramlie mengakui dia sudah bersedia untuk dibenci menerusi watak lakonannya sebagai Pengetua Awang dalam drama siri terbaharu berjudul Projek Anchor SPM.

Menurut Adlin, dia tidak pernah mengambil kecaman netizen secara peribadi malah menganggap kebencian penonton terhadap lakonannya itu merupakan kesan yang diharapkan oleh pengarah dan penulis skrip drama itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Adlin Aman Ramlie disoal polis ketika sekatan jalan, disangka individu dalam kostum Orang Utan - “Mati-mati aku ingat kau bro... karakter sama!”

Tambahnya lagi, setiap karekter mempunyai sisi jahat dan baik namun penonton perlu memberi tumpuan kepada persoalan yang ingin disampaikan dalam drama itu.



Watak Adlin dijangka akan membuatkan penonton marah.

"Dibenci di laman sosial itu sudah menjadi kebiasaan... saya tidak ambil perkara itu secara peribadi. Saya rasa, mungkin kalau itu yang mereka akan rasa, itulah kesan yang diharapkan oleh pengarah dan penulis skrip.

"Selain untuk dibenci watak ini, ia juga harus diambil sebagai teladan. Sudah tentu setiap watak itu ada positif dan negatif... saya percaya bukan watak saya sahaja. Setiap watak ada dark dan good side.

"Cuma persoalan dalam cerita ini yang patut kita lihat selain daripada prestasi lakonan, macam mana karekter dicipta untuk menyatakan mesej dan pendapat tentang sistem dan harapan daripada pihak atasan atau ibu bapa.

"Watak pengetua bukanlah jahat... tapi dia sebagai mewakili sistem dalam sekolah dan pendidikan. Jadi, teruskan membenci saya... kalau nak bertambah lagi benci, pastikan anda semua tonton drama ini setiap episod," katanya kepada mStar.

Selain untuk dibenci watak ini, ia juga harus diambil sebagai teladan.

ADLIN AMAN RAMLIE

PELAKON

Selain Adlin, drama arahan dua pengarah iaitu Razaisyam Rashid dan Anwari Ashraf turut dibintangi oleh Daiyan Trisha, Aedy Ashraf, Shasha Abedul, Nadhir Nasar, Chubb-E, Tony Eusoff dan Hasnul Rahmat.

Drama yang mempunyai lapan episod itu akan ditayangkan bermula 15 Mac depan setiap Isnin pada pukul 9 malam menerusi Astro Citra 108 (HD) dan 128 (SD).

Dalam pada itu, suami kepada aktres Emelda Rosmila ini memberitahu salah satu sebab dia menerima tawaran untuk membintangi drama tersebut kerana ingin tampil dalam produksi TV selain dapat bekerjasama dengan dua pengarah hebat.

Kata Adlin, berlakon dengan barisan pelakon yang masih muda memberikan satu pengalaman yang menyeronokkan sehingga membuatkan dirinya ingin bekerjasama dengan mereka lagi.



Adlin seronok dapat bekerjasama dengan barisan pelakon muda.

"Ada banyak sebab kenapa saya terima tawaran untuk berlakon dalam drama ini. Tapi saya beri secara objektif saja... pertama, saya tengah ada mood untuk tampil dalam produksi TV.

"Selain, Astro Shaw buat original project yang pada saya ia satu petanda aras projek. Mengetahui reputasi dua pengarah baharu dan semua yang terlibat membuatkan saya rasa, saya perlu sertai.

"Tambahan pula dengan barisan pelakon baharu berbakat sekarang ini. Itu antara kateria yang membuat saya rasa terpanggil untuk turut serta.

"Berada bersama mereka (barisan pelakon) sepanjang pembikinan, buat saya rasa muda... ia satu pengalaman yang menyeronokkan dan rasa nak bekerjasama lagi dengan mereka di masa kelak," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain