suria

Dikecam tak pandai didik anak jadi Islamik, Azhar Sulaiman akan selesaikan sendiri masalah dengan netizen - “Lepas satu... satu lagi isu!”

Foto yang dikongsikan Leona menyebabkan dirinya dikecam netizen.

DITUDUH tidak pandai didik anak, pelakon Azhar Sulaiman berkata, dia akan menyelesaikan isu kecaman netizen terhadap anaknya Kasih Iris Leona dengan cara tersendiri.

Azhar, 50 berkata, dia tidak mahu memanjangkan situasi itu dengan melibatkan pihak media yang mungkin akan mengeruhkan keadaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mereka tak bodoh, tahu api neraka tu panas macam mana” - Azhar Sulaiman tepuk dahi terkejut tengok anak perempuan warna rambut

"Maaf tidak ada apa yang perlu diulas. Saya akan selesaikan isu ini sendiri dengan netizen," ujarnya kepada mStar.

Azhar Sulaiman berkata demikian ketika diminta mengulas aksi seksi anaknya iaitu Kasih Iris Leona, 19, yang menjadi perhatian gara-gara berpakaian terlalu seksi.



Azhar Sulaiman dan anak perempuannya, Kasih Iris Leona.

Sebagai seorang bapa, Azhar, 50, turut dihentam netizen kerana dianggap tidak pandai mendidik anaknya menjadi seorang muslimah yang baik.

"Jadi hari ini Leona kena kecam lagi termasuklah Mami (Azhar) juga kena hentam sebab tak pandai didik Leona untuk jadi Islamik.

"You ada anak?” katanya.

Leona dikecam selepas memuat naik satu gambar di laman sosialnya baru-baru ini yang kelihatan terlalu seksi lebih-lebih di bahagian dada.

Lepas satu, satu lagi isu... Hari itu (isu) tidak boleh cakap Melayu harian dan asyik cakap Inggeris.

AZHAR SULAIMAN

PELAKON

Susulan kecaman itu, Azhar secara bergurau menyarankan anak bongsunya itu melakukan pembedahan mengecilkan payudara selain kos akan ditanggung sepenuhnya oleh pelakon tersebut.

"Lepas satu, satu lagi isu... Hari itu (isu) tidak boleh cakap Melayu harian dan asyik cakap Inggeris. Lepas itu sibuk belajar cakap Kelantan... Sekarang pasal pakaian seksi pula.



Komen Azhar Sulaiman berhubung isu Leona berpakaian seksi.

"Leona tolong cari klinik yang buat pembedahan mengecilkan payudara... Ayah akan bayar semua kos itu.

"Bila kop** kecil, ayah yakin (Leona) tidak boleh pakai baju-baju seksi lagi," katanya.

Selain Leona, Azhar turut mempunyai dua orang anak lagi iaitu Kasih Leia Ixora, 23, dan Andika Rees Pahamin, 19, yang merupakan kembar kepada Leona.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain