GARA-GARA memuat naik foto seksi sehingga mencetuskan kritikan netizen, pelakon Sharifah Sakinah ditegur Pencetus Ummas (PU) Syed yang meminta aktres itu menjaga adab dalam berpakaian. PU Syed atau nama sebenarnya, Syed Mohd Bakri Al Yahya menerusi surat terbuka menasihatkan pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka itu agar tidak mempengaruhi pengikut laman sosial untuk berpakaian demikian. ARTIKEL BERKAITAN: Rupa-rupanya Sharifah Sakinah tunang gaya ‘orang putih’, tiada acara pantun - “Sekarang dia tengah uruskan hal Michael peluk Islam” "Puan Sharifah Sakinah mempunyai seramai 2.4 juta pengikut di Instagram manakala di media sosial yang lain saya tak tahu dan tidak ingin ambil tahu. "Saya ingin tegur perbuatan puan, sekaligus dapat menegur pengikut puan yang ramai itu kerana pasti akan ada yang terikut dengan gaya hidup puan ini. "Sekalipun hidup kita ini bebas, namun bagi umat Islam ada batas-batas yang tidak boleh dilangkaui serta dilanggari," katanya. PU Syed memberikan surat terbuka buat Sharifah Sakinah. Dalam kiriman surat terbuka itu juga, PU Syed turut berkata, teguran itu adalah untuk menyelamatkan aktres tersebut daripada terus hanyut dengan ujian dunia. "Biarlah puan naik dan popular dengan disulami adab dan akhlak yang terpuji. Ingatlah, kita daripada keturunan yang mulia, daripada nasab yang mulia. Sekalipun hidup kita ini bebas, namun bagi umat Islam ada batas-batas yang tidak boleh dilangkaui serta dilanggari. PU SYED PENDAKWAH BEBAS "Maka perlu saya menegur untuk puan kembali ke atas jalan yang sebenarnya. "Inilah cara kita sesama saudara untuk menyelamatkan saudaranya daripada terus hanyut dalam mehnah dan ujian duniawi," katanya. Sementara itu, Sakinah menyambut baik teguran PU Syed dengan memuat naik semula surat teguran itu di laman Instagramnya pada Isnin. Menerusi posting itu, Sakinah memohon maaf dan mengharapkan semua pihak mendoakan yang terbaik buat dirinya. "Saya minta maaf, doakan yang baik-baik," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!