suria

[VIDEO] Risteena dah ‘off market’, selamat bergelar isteri Isa Khan

PASANGAN selebriti, Risteena dan Isa Khan selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada pagi Jumaat.

Majlis akad nikah diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya kira-kira pukul 10.40 pagi.

Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Zainul Ilyas Zainul Abidin.

ARTIKEL BERKAITAN: Risteena dan Isa Khan nikah Jumaat depan, cipta lagu istimewa untuk bakal isteri - “Mohon doakan urusan ijab kabul kami dipermudahkan”

Pengantin perempuan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang, selain menerima mas kahwin bernilai RM1,000.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran tidak diumumkan.

InsyaAllah, kami akan melayari bahtera rumah tangga ini dengan sebaik mungkin

RISTEENA

PELAKON

"Alhamdulillah, segala-galanya dipermudahkan. Saya dan suami memasuki fasa baharu dalam ikatan perkahwinan. InsyaAllah, kami akan melayari bahtera rumah tangga ini dengan sebaik mungkin," kata Risteena sejurus selesai upacara akad nikah.

Pernikahan mereka itu turut disiarkan secara langsung menerusi Instagram Project2pi.

Dalam majlis tersebut, Risteena atau nama sebenar Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 32, dan Isa dilihat mengenakan persalinan putih rekaan Ezuwan Ismail.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada November 2019.

Majlis tersebut diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan dibuat secara tertutup.

Antara yang hadir ialah keluarga dan teman rapat termasuklah adiknya yang juga pelakon, Ruhainies.

Sebelum ini, Risteena dan Isa merancang untuk bernikah pada 20 November lalu, namun terpaksa menangguhkan hasrat itu berikutan pandemik Covid-19 yang sedang melanda.

Pasangan berkenaan sebelum ini sudah mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 di Bali, Indonesia setelah lima bulan berkenalan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain