suria

Tuju K-Clique bangga Loca B tetap gigih berlatih biarpun sibuk jaga anak - “Dia dapat masuk AJL35 atas rezeki anak kami”

Tuju bangga melihat pencapaian isterinya, Loca B.

ANGGOTA kumpulan K-Clique, Tuju memuji sikap isterinya yang juga penyanyi rap iaitu Loca B yang sangat berdisiplin dalam membuat persediaan untuk Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35).

Tuju berkata biarpun dalam kesibukan menjaga anak yang baru berusia empat bulan, Loca B tetap dapat memberikan komitmen sepenuhnya dalam persiapan menjelang malam kemuncak anugerah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuju K-Clique menangis setiap malam fikir nasib diri - “Saya dalam keadaan jiwa pusing... lihat seakan tiada masa depan”

Melihat usaha keras isterinya, Tuju atau nama sebenarnya Muhammad Azree Shah Awang Zamri berasa gembira dan bangga dengan Loca B dan team lagu Gila.



Loca B tetap lakukan persiapan AJL35 walaupun sibuk jaga anak.

"Loca B memang power... dia seorang yang sangat displin dan dia juga yang banyak membantu menguruskan hidup saya yang kucar-kacir.

"Allah maha adil... dia akan tunjuk perkara betul. Saya anggap Loca B dapat masuk AJL35 atas rezeki anak kami. Walaupun dia sibuk uruskan baby, tapi masih buat persiapan untuk AJL.

"Memang setiap hari dia akan ikut rutin yang sudah ditetapkan. Saya gembira dan bangga dengan dia serta team lagu Gila," kata Tuju kepada mStar.

Saya anggap Loca B dapat masuk AJL35 atas rezeki anak kami.

TUJU

PENYANYI RAP

Loca B bakal membuat persembahan bersama Kaka Azraf dan Noki K-Clique menerusi lagu Gila di pentas AJL35 yang akan berlangsung pada malam, Ahad.

Acara berprestij yang ditunggu-tunggu itu bakal diadakan tanpa penonton di Auditorium Dewan MBSA, Shah Alam.

Pasangan ini dikurniakan anak perempuan bernama Bintang Aiko, Loca B juga mempunyai seorang anak bernama Yusuf Alezander menerusi perkahwinan terdahulu.

Berkongsi mengenai karier muzik, penyanyi berusia 25 tahun ini menganggap kumpulannya sendiri merupakan pesaing terdekat dalam industri.



Tuju tidak mengharapkan apa-apa untuk lagu solo, Jiwa Pusing.

Tampil dengan lagu solo berjudul Jiwa Pusing, Tuju memberitahu dia tidak meletakkan sebarang jangkaan namun hanya ingin memberikan muzik yang terbaik kepada semua pendengar.

"Semua orang nak bersaing tapi dalam persaingan yang baik. Bagi saya, lawan saya adalah K-Clique yang pernah menjadi nombor satu sekitar 2019.

"Bila saya bawa lagu solo... saya tak jangkakan apa-apa. Hanya nak keluarkan jiwa saya dalam muzik sahaja. Saya tak nak menjadi nombor satu tapi mahu berikan good music.

"Tak semestinya perlu satu Malaysia tahu tapi cukuplah peminat dan keluarga happy dengan lagu saya. Buruk atau baik feeback daripada pendengar... saya tetap akan terima," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain