PELBAGAI cabaran yang perlu dilalui penyanyi Kaka Azraff sebelum lagu nyanyiannya berjudul Gila merangkul kemenangan di pentas Anugerah Juara Lagu yang ke-35 (AJL35) pada malam Ahad. Selain jadual yang padat, Kaka, 31, bukan sahaja berdepan dengan masalah kehilangan telefon bimbit malah dia juga diuji dengan pemergian arwah nenek tersayang dua hari sebelum malam kemuncak AJL35. ARTIKEL BERKAITAN: Kaka Azraff imbau kenangan selalu ikut nenek pergi marhaban dan kelas agama, terkilan nak jumpa lepas AJL35 tak kesampaian - “Hari-hari cakap rindu, tapi saya busy... tak sempat” ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul tewas Vokal Terbaik di tangan Ernie Zakri... Lagu ‘Gila’ julang trofi AJL35 Menurut pemilik nama Nor Atiqa Noor Azraff ini, dia terpaksa memendam perasaan untuk merintih atas pemergian insan tersayang demi menyelesaikan tanggungjawab terhadap lagu duet bersama Loca B dan Noki (K-Clique) itu. Kaka tidak mahu kecewakan rakan duetnya, Loca B dan Noki. "Banyak cabaran yang perlu dilalui sebelum ke pentas AJL35. Kebetulan dengan jadual padat... tiga, empat hari lalu saya hilang telefon dan baru-baru ini juga saya kehilangan nenek yang saya paling sayang. "Jadi saya pendam semua perasaan itu sebab saya kena fokus pada AJL. Ketika saya dapat tahu nenek sudah tiada, saya breakdown dan satu hari itu tak dapat nak berlatih. "Tapi saya tak boleh terus merintih walaupun sedih, saya cuba untuk tahan semua itu sebab nak selesaikan AJL. Saya tak nak kecewakan Noki, Loca dan semua team Gila. "Tadi masa atas pentas, saya rasa macam bawa semangat arwah nenak sekali. Arwah yang mengajar saya menyanyi. Itu cabaran yang saya lalui," kata Kaka kepada mStar. Mereka berpesan kepada saya supaya jangan menangis dan kena fokus untuk AJL. KAKA AZRAFF PENYANYI Pada Khamis lalu, Kaka berkongsi berita sedih mengenai neneknya iaitu Yang Asmah Long, 92, meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya yang terletak di Teluk Gadong, Klang. Dalam pada itu, Kaka memberitahu suaminya iaitu Adam Azriff sentiasa berada disisinya memberi semangat untuk terus berjuang di pentas AJL selain ibu saudara kepada Kaka iaitu ratu rock Malaysia, Ella dan kakaknya Jojie Aminuddin. Meletakkan keyakinan terhadap lagu Gila, Kaka juga mengakui tidak pernah terlintas di fikirannya untuk mengundur diri daripada AJL35 di saat kehilangan arwah nenek. "Suami saya sentiasa memberi sokongan... saya tak sempat jumpa ahli keluarga lain sebab kena buat latihan dan teruskan persembahan. Tapi suami sentiasa ada di sebelah saya dan simpan perasaan sedih itu dalam hati. Suami Kaka, Adam dan Ella antara orang yang beri semangat. "Walaupun sedih tapi tak ada rasa nak tarik diri... sedikit pun tak ada. Sebab saya rasa jauh di sudut hati, arwah nenek pun tak nak saya tarik diri. Masa hari pengebumian arwah, mak cik saya iaitu Ella dan Jojie turut beri semangat. "Mereka berpesan kepada saya supaya jangan menangis dan kena fokus untuk AJL. Mereka antara yang membuat saya lebih semangat. Saya juga yakin dengan lagu ini... kalau saya tarik diri, rasa membazir," ujarnya. Malam kemuncak AJL35 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam menyaksikan lagu ciptaan Ezra Kong bersama Loca B dan Noki itu diangkat sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi. Naib juara dimenangi lagu ciptaan dan nyanyian penyanyi Aina Abdul berjudul Semalam dan lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong berjudul Belenggu Rindu yang dinyanyikan oleh Datuk Jamal Abdillah bergandingan dengan Wany Hasrita di tempat ketiga. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!