suria

[VIDEO] Tanggal gelang dan rantai emas, MK (K-Clique) minta doa yang baik-baik - “Saya tak boleh nak kata ya atau tidak, takut makan diri”

SELEPAS terbuka hati mengikuti kelas agama bersama kumpulan jemaah tabligh baru-baru ini, penyanyi rap popular MK K-Clique dilihat tidak lagi memakai gelang dan rantai emas.

ARTIKEL BERKAITAN: Alhamdulillah! MK K-Clique pula terbuka hati sertai tabligh, belajar agama... mula tanggal rantai, gelang emas

Bagaimanapun, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 24, ketika ditemui mStar meminta peminat mendoakannya dirinya untuk terus istiqamah dalam berubah menjadi lebih baik.

MK tidak memakai gelang dan rantai emas ketika mengikuti kelas agama di Pahang, selama tiga hari baru-baru ini.

"Tentang hal itu (tidak mahu memakai gelang emas), doa saja yang baik baik. Yang baik kita jadikan teladan dan buruk pula sebagai sempadan. Saya tak boleh nak kata ya atau tidak, takut memakan diri. Biarlah ia terjadi tanpa perlu dipukul canang.

"Cuma seiring usaha memperbaiki diri, saya cuba jadi lebih baik daripada sebelum ini. Karakter saya dalam dunia hiburan masih sama seperti dulu. Pastinya setiap sudut kecaman dan kritikan itu saya akan nilai.

“Yang mana perlu dielak, saya akan cuba mengelaknya termasuk dalam soal imej diri. Saya tak pernah sempurna. Di luar konteks kerja seni hiburan, saya tetap manusia biasa yang mahu mencari keseimbangan hidup," katanya kepada mStar.

Minggu lalu, MK menyertai kumpulan tabligh di Jerantut, Pahang selama tiga hari dan penampilannya tanpa memakai rantai serta gelang emas dipuji netizen.

Yang menyukai kita pun belum pasti keikhlasannya.

MK

PENYANYI RAP

Sebelum ini, perlantikan MK sebagai duta pusat akademik dan tuisyen PTTI Group Sdn Bhd juga dipertikaikan dan dianggap tidak layak selain kurang sesuai dengan imej 'bad boy' dengan memakai barang kemas.

Dalam pada itu, penyanyi yang membuat penampilan Khan dalam lagu Peluang Kedua ini memberitahu dia akur dan menyedari bukan senang untuk memuaskan hati semua orang.

"Dalam hidup ini, saya percaya kita tak boleh nak senangkan atau memuaskan hati semua pihak. Ada yang suka dan sebaliknya. Yang menyukai kita pun belum pasti keikhlasannya. Tapi apa jadi hidup harus diteruskan.

"Macam saya katakan, mungkin imej atau cara saya pantas dihakimi. Iyalah saya tahu ada yang anggap saya menyerlahkan sisi 'bad boy'. Dan sekaligus dilihat bertentangan dengan visi PTTI yang menekankan hal akademik," katanya.

MK bersama Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Fana.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Fana berkata, mereka ada alasan konkrit memilih MK.

"Dalam hidup ini, kita pantas menghukum. 'Dont judge a book by its cover'. Kami di PTTI ada sebab memilih MK. Umum tahu dia ada pengaruh besar dan hebat sebagai anak seni.

"Lihat saja bagaimana setiap entri di laman sosialnya mendapat perhatian dengan jumlah tanda suka dan tontonan ramai. Paling utama dia juga cukup cemerlang dalam bidang akademik.

“Mendapat keputusan SPM (5 A dan 3 B) itu saya kira cukup hebat untuk anak muda berjiwa besar sepertinya," kata Cikgu Fana.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain