suria

[VIDEO] “Semoga dia bahagia” - Sharnaaz Ahmad titip doa untuk bekas isteri, khabar angin Noor Nabila dan Engku Emran nikah esok

KHABAR angin bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Mohd Noor bakal diijabkabulkan dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Jumaat semakin bertiup kencang.

Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 36, yang diminta mengulas mengenai perkara tersebut bagaimanapun berkata dia tidak berhak untuk mengesahkan perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Syukur proses ini berjalan ketika kami dalam hubungan yang baik” - Sharnaaz, Nabila bercerai secara hakam

"Fasal Nabila nak kahwin esok ka, apa ka... Saya rasa wartawan zaman sekarang memang 90 peratus tepat (khabar angin Nabila bakal kahwin).

"Tapi saya tak boleh nak komen lebih fasal benda ini sebab saya bukan dalam position untuk bercakap atau memberi sebarang komen.

Saya hanya mendoakan kebahagiaan semua orang. Nabila ada hak untuk bahagia.

SHARNAAZ AHMAD

PELAKON

"Tetapi jika betul benda itu (Nabila bakal kahwin) itu dikeluarkan secara rasmi pada satu hari nanti, InsyaAllah saya sendiri akan keluarkan kenyataan sebab itu berkait juga dengan (individu yang) bakal jadi bapa tiri Jebat juga," katanya kepada mStar.

Bagaimanapun, Sharnaaz berkata, jika perkara tersebut benar, dia sentiasa mendoakan kebahagiaan Nabila, 37, yang juga merupakan kakak kepada pengacara dan usahawan, Neelofa.

Pantulan imej pada foto skrin sentuh yang dimuat naik oleh Engku Emran di Instagram memaparkan wajah Nabila.

Selain itu tambah Sharnaaz, dia menyokong apa juga keputusan yang terbaik untuk bekas isteri dan anaknya itu.

"Saya hanya mendoakan kebahagiaan semua orang. Nabila ada hak untuk bahagia, so why not... semoga dia bahagia.

"Kalau mereka gembira, gembiralah saya. Happy anak saya, happy juga saya," katanya.

Sharnaaz berkahwin dengan Nabila pada 30 Mac 2017 dan mereka disahkan bercerai pada 9 Julai tahun lalu secara hakam.

Mereka dikatakan mula rapat selepas sering mengikuti aktiviti berbasikal bersama-sama.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia dua tahun setengah.

Engku Emran, 46, pula berpisah dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella, juga pada Julai tahun lalu selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Sebelum ini, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi, Erra Fazira dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya, 11 tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain