suria

Siti Nurhaliza baru perasan akaun IG kena sekat Aishah, patutlah sebelum ini cari tak jumpa - “Apa yang penting kita saling menghargai”

Siti Nurhaliza anggap Aishah tak sengaja sekat akaun IG miliknya.

TINDAKAN penyanyi Aishah yang tidak sengaja menyekat akaun rasmi Instagram penyanyi tersohor negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza menarik perhatian netizen di laman sosial.

Bagaimanapun Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 42, enggan memanjangkan isu tersebut memandangkan dia sendiri tidak sempat untuk memegang atau memeriksa telefon bimbitnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara sungai palsu di skrin digital, Aishah alami mabuk laut malam ‘rehearsal’ AJL35 - “Mungkin sebab saya merenung air itu... tiba-tiba pening sampai muntah”

Akui tidak dapat mencari akaun IG Aishah, Siti menganggap ia perkara yang biasa terjadi dan bukan satu isu untuk diperbesarkan kerana baginya, paling penting semua pihak sentiasa saling menghargai.

“Saya sebenarnya tak nak perbesarkan isu ini... sebab saya pun tak tahu apa nak cakap. Saya tak periksa pun (Aishah sekat) sebab kadang-kadang saya sendiri tak sempat nak pegang dan periksa telefon.

Tapi biasa la, kadang-kadang kita sendiri pun pernah tidak sengaja sekat akaun IG orang.

SITI NURHALIZA

PENYANYI



Siti ditemui di majlis pelancaran single dan video klip lagu kanak-kanak dan produk Beaukids di Cyberjaya.

“Tapi biasa la... kadang-kadang kita sendiri pun pernah tidak sengaja sekat akaun IG orang. Bagi saya, itu perkara biasa mungkin tak perasan. Tapi apa yang penting bagi saya, kita saling menghargai.

“Bila saya baca (artikel Aishah), baru saya tahu fasal isu ini. Sebelum ini, saya cari pun tak jumpa (IG Aishah), ” kata Siti kepada mStar.

Siti yang kini sedang hamil lapan bulan ditemui ketika majlis pelancaran single dan video klip lagu kanak-kanak terbaharu serta produk minuman Beaukids di Skyglass, Cyberjaya.

Single medley klasik Siti 1 mengandungi empat buah lagu berjudul Buai Laju-Laju, Tepuk Amai-Amai, Suriram dan Matahari

Baru-baru ini kecoh dalam media sosial tentang dakwaan mengatakan kononnya Aishah menyekat akaun instagram bintang nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menurut Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, dia tidak sengaja bertindak demikian berikutan keliru dengan akaun-akaun palsu yang menggunakan nama Siti Nurhaliza.

Hal ini berlaku setelah Aishah dikecam bertubi-tubi oleh netizen yang tidak berpuas hati dirinya menyampaikan lagu Aku Bidadari Syurgamu nyanyian asal Siti pada separuh akhir muzik-muzik ke-35 akhir tahun lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain