PERSONALITI media sosial yang kini bergelar pelakon, Sharifah Rose menafikan dia mempunyai sebarang masalah dengan pelakon Izara Aishah seperti didakwa netizen. Menerusi perkongsian terbaharu di laman Twitter, Sharifah Rose atau nama sebenarnya, Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira, 23, berkata, dia sudah menghubungi Izara bagi menjelaskan salah faham yang berlaku. ARTIKEL BERKAITAN: Tweet Sharifah Rose untuk siapa? - “Hanya kerana perjalanan kita berbeza, tak bermakna anda berhak untuk tidak mengiktiraf saya” "Terdapat salah faham terhadap keseluruhan situasi. Saya sendiri sudah bercakap secara peribadi dengan kak Izara Aishah dan kami berdua dah pun selesaikan perkara ini. "Memang tidak ada apa-apa isu melibatkan kami berdua atau ada kisah sensasi yang perlu dikongsikan. Tweet terbaharu Sharifah Rose. "Kamu semua sengaja melebih-lebihkan cerita sehingga ia menjadi panas," katanya. Isu yang tercetus di antara dua personaliti ini dipercayai disebabkan ciapan Izara yang sebelum ini mempertikaikan pihak stesen televisyen lebih gemar mengambil instafamous sebagai pelakon bagi mewarnai drama terbitan mereka. Saya sendiri sudah bercakap secara peribadi dengan kak Izara Aishah dan kami berdua dah pun selesaikan perkara ini. SHARIFAH ROSE PERSONALITI MEDIA SOSIAL, PELAKON Rata-rata netizen kemudiannya membuat spekulasi bahawa ciapan itu ditujukan kepada Sharifah Rose yang kini terlibat dalam sebuah penggambaran drama. Namun begitu, Izara sudah pun menjelaskan tweet itu tidak ditujukan kepada Sharifah Rose. Izara menafikan ciapannya sebelum ini ditujukan kepada Sharifah Rose. Malah, Izara, 29, turut mengalu-alukan kehadiran selebriti Instagram itu dalam bidang lakonan dan bergelar anak seni. "Oh anda semua memang obses dengan Sharifah Rose. Rose, anda sudah berlakon sejak belum bergelar Instafamous lagi dan dengarnya ia memang minat anda. "Tolong menyinar dan jadi salah seorang anak seni yang mengangkat nama industri," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!