PENYANYI rap Siqma berasa puas apabila single terbaharunya, Dipinggirkan mendapat sentuhan peribadi daripada idolanya sendiri, Malique. Menurut Siqma atau nama sebenarnya, Rahmat Zulhilmi Abdul Razak, 28, Dipinggirkan turut menyaksikan kolaborasinya bersama penyanyi duo, FML yang terdiri daripada Fahimi Rahmat dan Mal Hamka. ARTIKEL BERKAITAN: Nuha Bahrin tak padam komen kecaman, jadikan ia sebagai proses pembelajaran - “Saya dapat betulkan mana yang silap” "Ia satu pengalaman yang manis apabila saya dapat bekerjasama dengan idola sendiri, Malique untuk single ini. Saya rasa sangat bertuah sebab banyak benda baharu yang saya belajar daripada dia. "Mengenai kolaborasi bersama FML, saya melihat gandingan kami ini sesuatu yang cukup unik dan fresh. Saya dapat rasakan mereka adalah pilihan yang tepat. Malique merupakan idola Siqma dalam bidang seni. "Ketika proses pembikinan lagu kami ada aura yang sama dan saya amat selesa bekerja dengan mereka," katanya kepada mStar. Siqma ditemui pada majlis ramah mesra bersama artis naungan Universal Music Malaysia yang berlangsung di Bsync Studio, Kuala Lumpur baru-baru ini. Sementara itu, FML menyifatkan peluang berduet dengan penyanyi rap yang digelar The New Malique itu bagai pucuk dicita ulam mendatang. "Sudah tentu kami tidak akan lepaskan peluang untuk bergandingan dengan Siqma dan bekerja dengan legenda muzik seperti Malique. Siqma dan FML bersama artis naungan Universal Music Malaysia, Azmi Saat, Asyraf Nasir, Nuha Bahrin dan Eemrun. Ia satu pengalaman yang manis apabila saya dapat bekerjasama dengan idola sendiri, Malique untuk single ini. SIQMA PENYANYI RAP "Kami berterima kasih kepada Siqma dan Malique kerana memberikan kepercayaan kepada kami untuk terlibat dalam projek seperti ini," ujar FML. Dipinggirkan mengisahkan tentang semangat individu yang bangkit menempuh cabaran dalam kehidupan selepas pernah melalui beberapa episod yang hampir menyebabkannya putus asa. Single terbitan Universal Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar muzik digital. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!