suria

Almy Nadia bengang ibu bapa hantar anak tak sihat ke sekolah - “SOP ketat pun kalau sebagai mak ayah ambil lewa tetap tak jadi apa”

Almy bimbang anak-anak dijangkiti Covid-19 kerana sikap pentingkan diri orang lain.

PELAKON Datin Almy Nadia memberi teguran kepada ibu bapa agar sentiasa memantau tahap kesihatan anak masing-masing sebelum mereka dibenarkan hadir ke sekolah.

Menurut Almy atau nama sebenar Almy Nadia Aminuddin Shah, 34, ibu bapa memainkan peranan penting untuk mengekang jangkitan virus Covid-19 dalam kalangan warga sekolah.

Sikap pentingkan diri boleh menyebabkan pelajar yang telah dijangkiti menyebarkan virus kepada orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Almy Nadia berang jadi ‘content’ netizen nak famous musim PKP - “Perlu ke buat cabaran tengok artis mana yang sombong dik?”

"Peringatan untuk diri sendiri juga... untuk ibu dan bapa yang dah hantar anak-anak pergi sekolah tak kira sekolah kecil ke besar ke... apa sahaja nama pun sekolah.

"Ibu dan bapa tolong la, tolong jangan pentingkan diri sendiri, dah tahu anak sakit hantar juga pergi sekolah lepas tu virus tersebar dekat sekolah! Lepas tu berjangkit dekat budak-budak lain, bila berjangkit dekat budak lain siapa yang susah contohnya kena dekat anak-anak kami.

Almy tulis luahan di Instagram.

"Bila seorang dah kena, kena kat seorang lagi lepas tu kena pula yang ada kat rumah sebab kakak-kakak balik sekolah bawa virus orang lain ke rumah!" katanya.

Almy menulis pandangan dan tegurannya itu menerusi laman Instagram pada Isnin.

Senang cerita SOP ketat pun kalau sebagai mak ayah ambil sambil lewa tetap tak jadi apa!

ALMY NADIA

PELAKON

Dalam pada itu, isteri kepada aktor Datuk Fizz Fairuz ini berkata usaha mengekang penularan virus ini memerlukan kerjasama semua pihak.

Bukan sahaja pihak sekolah, malah ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam memastikan negara bebas pandemik tersebut.

Almy dan suami, Fizz Fairuz sentiasa memantau kesihatan anak-anak.

"Dekat sekolah prosedur operasi standard (SOP) sangat ketat tau. semua pakai pelitup muka ada penjarakan fizikal.

"Senang cerita SOP ketat pun kalau sebagai mak ayah ambil sambil lewa tetap tak jadi apa.

"Jadi bila dah tahu anak ada batuk dan selsema, tolong jangan hantar anak pergi sekolah faham!” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain