suria

Sherry Alhadad, Haziq Hussni undur diri... Alif Satar, Daiyan Trisha pengacara baharu 'Muzik-Muzik' - “Terima kasih tiga tahun terindah!”

Alif Satar dan Daiyan Trisha merupakan pengacara baharu Muzik-Muzik ke-36.

SELEPAS tiga tahun mengendalikan program Muzik-Muzik yang bersiaran di TV3, pengacara Sherry Alhadad dan Haziq Hussni mengumumkan pengunduran diri.

Kedua-dua mereka akan digantikan oleh pengacara baharu iaitu Alif Satar dan Daiyan Trisha.

Perkara itu dimaklumkan menerusi laman Instagram Muzik-Muzik selepas siaran langsung program Muzik-Muzik ke-36 (MM36) pada malam Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Ragam AJL35... Baju Sherry Alhadad disamakan dengan plastik sampah, ‘bean bag’

"Jutaan terima kasih kepada kedua pengacara hebat Muzik-Muzik iaitu Sherry Alhadad dan Haziq Hot FM yang telah menjayakan program Muzik-Muzik dan Anugerah Juara Lagu (AJL) selama ini dengan begitu cemerlang dan hebat sekali," tulis pengendali akaun tersebut.

Sementara itu, Haziq dan Sherry turut mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan penonton sepanjang tiga tahun penglibatan mereka bersama program berkenaan.



Haziq dan Sherry ucap terima kasih kepada penonton.

"Sherry terima kasih untuk tiga tahun terindah. Haziq dan Sherry undurkan diri. Selamat datang Alif Satar dan Daiyan Trisha," kata Haziq.

Menerusi ruangan komen, rata-rata penonton mengakui merindui keletah kedua-duanya sepanjang mengacarakan program tersebut.



Sherry dan haziq galas tanggungjawab mengacarakan Muzik-Muzik sejak tahun 2018.

"Terima kasih sebab pernah hiburkan kami peminat Muzik-Muzik dengan keletah dan perangai korang yang gila-gila tanpa menunjukkan muka penat dan sentiasa bersemangat. We gonna miss you!

"Anda berdua memang terbaik, susah senang bersama selama tiga tahun ini... kalau mereka berempat jadi pengacara lagi bagus," antara komen penonton.

Sherry dan Haziq mengacarakan program Muzik-Muzik sejak tahun 2018.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain