suria

Apa ni? Sekejap okay, tiba-tiba putus pula? Intan Najuwa dedah bukan lagi tunangan orang... Zul Ariffin terpalit kononnya jadi punca

Intan menerima pertanyaan mengenai bekas tunangnya di Instastory.

APA masalahnya hubungan cinta dan status pertunangan pelakon Intan Najuwa? Sekejap okay, tiba-tiba dikatakan putus pula.

Namun gosip bertebaran mengatakan Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid menjalinkan pula hubungan dengan aktor Zul Ariffin.

Namun, bagai mengesahkan khabar angin yang berlaku, Intan dalam satu status di Instastory miliknya pada Isnin mengesahkan dia bukan lagi tunangan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli.

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa lentok di bahu siapa? Netizen syak tak jadi putus tunang - “Kami sentiasa baik-baik sahaja”

Dia mendedahkan perkara itu ketika berkongsi soalan netizen menerusi 'Ask Me Question' yang mendedahkan hubungan itu sudah berakhir.

"Mana tunang you? Lama tak nampak dah hehe," tanya individu tersebut.



Intan jawab soalan daripada netizen.

Intan kemudian membalas dia dan bekas tunangnya sudah bahagia serta gembira menjalani kehidupan masing-masing seperti yang pernah diberitahu sebelum ini.

"Alamak... ada lagi soalan ini. Kami berdua dah lama buat hal masing-masing. Dia dah gembira dengan kehidupan dia. Saya pun dah gembira dengan kehidupan saya.

"Harap selepas ini tak ada soalan ini lagi okay," jawab Intan Najuwa.

Kami berdua dah lama buat hal masing-masing.

INTAN NAJUWA

PELAKON

Pada Februari 2020, pelakon berusia 24 tahun itu dilaporkan mengambil keputusan untuk berpisah dengan Razrul.

Bagaimanapun beberapa bulan kemudian iaitu sekitar Jun 2020, status mereka menjadi tanda tanya semula apabila Intan berkongsi foto yang memperlihatkan separuh badan seorang lelaki dipercayai ahli perniagaan tersebut.

Intan kemudian tampil mengakui lelaki dalam foto tersebut adalah Razrul dan memberitahu hubungan mereka masih baik biarpun sudah berpisah.

Pada Isnin, mStar turut mesej yang mendakwa aktres kelahiran Johor Bahru itu meninggalkan bekas tunangnya disebabkan orang ketiga aktor Zul Ariffin.



mStar menerima kiriman emel mendakwa Intan meninggalkan bekas tunang demi Zul Ariffin.

Namun, usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan dan komen daripada Razrul gagal apabila ahli perniagaan itu tidak menjawab mesej yang dihantar.

Intan dan Razrul mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos 2018 di Hotel Thistle, Johor Bahru sempena ulang tahun kelahiran aktres itu yang ke-22.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain