suria

Elfira Loy tak berkira dengan keluarga, percaya rezeki yang ada untuk dikongsi bersama - “Kalau ada RM100, El bagi semua kepada mereka”

Elfira bersama suami dan anak lelaki mereka.

KEBAHAGIAN keluarga sememangnya menjadi keutamaan pelakon Elfira Loy dan menganggap rezeki yang dimiliki adalah untuk dikongsi bersama.

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, berkata, dia sanggup memberikan semua duitnya jika terdapat ahli keluarga yang berada dalam kesusahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Terdedah dengan kontak rapat, Elfira Loy buat ujian calitan Covid-19 pada anak - “Keadaan sekarang okay untuk kata tidak kepada orang yang nak datang rapat dengan anak kita!”

"Kebahagian keluarga adalah my top priority. El seorang yang jenis, kalau El ada RM100, El bagi 100 semua kat mereka. El lagi sanggup tak ada duit daripada tengok orang lain tak ada duit.



Elfira turut berkongsi video sambutan hari lahirnya pada 8 Mac lalu.

"Sebab El sangat percaya pada rezeki Allah dan tak berkira sesama manusia. Sampai sekarang, saya masih percaya yang apa sahaja yang saya ada sekarang ini bukan milik saya tapi milik semua orang.

"Bila-bila saja boleh hilang. Sebab tu whatever I do, El mesti fikir orang lain dulu," kata Elfira.

Pelakon berusia 27 tahun itu berkongsi mengenai perkara itu menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.

Sebab tu whatever I do, El mesti fikir orang lain dulu,

ELFIRA LOY

PELAKON

Selain itu, pelakon yang pernah popular menerusi drama siri Kerna Syurga Bukan Percuma tersebut turut berkongsi video sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-27 pada 8 Mac lalu.

Elfira memberitahu dia memuat naik rakaman sambutan majlis hari lahirnya berdurasi hampir dua minit itu di laman sosial sebagai kenangan.

"Saja El nak kongsikan video pada majlis hari jadi El sebagai kenangan kat sini," kata Elfira.

Sambutan hari lahir Elfira bersama seluruh ahli keluarganya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji sikap Elfira yang sentiasa mengutamakan keluarga dan tidak pernah berkira dengan orang tersayang.

"Betul tu El... lebih banyak kita beri, lebih banyak kita dapat. Bagusnyaa El, moga mencurah-curah rezeki El sekeluarga," komen salah seorang netizen.

Untuk rekod, Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhamad Rayyan Khalaf yang kini berusia setahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain