suria

[VIDEO] “Ada sesuatu yang besar Allah nak bagi kepada dia” - Wany Hasrita percaya Nabila Razali tak mudah patah semangat

WALAUPUN nyanyian Nabila Razali teruk dikritik pada malam Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), namun sebagai rakan artis, penyanyi Wany Hasrita percaya Nabila akan terus bangkit daripada kegagalannya itu.

Menurut Wany atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 29, dia yang mengenali Nabila secara peribadi tahu rakannya itu merupakan seorang yang kuat dalam menempuh pelbagai dugaan sepanjang bergelar anak seni.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Andai kata Nabila Razali tak ‘terkucil’, memang sedap! Komposer kongsi video ‘rehearsal’ AJL35... ramai puji

"Secara peribadi saya kenal Nabila, dia memang seorang yang sangat kuat. Mungkin dia ada menangis tapi saya percaya dia akan cepat bangun balik.

"Apa yang saya boleh cakap, akan ada sesuatu yang besar Allah nak bagi pada Nabila, ini ujian untuk dia. (Nyanyian terkucil) tak merugikan dia apa-apa pun.

"Saya rasa dia akan dapat tempuh macam selalu, dia adalah wanita yang sangat kuat," katanya kepada mStar.

Wany dan Erra dilantik duta pelitup muka Himaya.

Wany ditemui pada majlis perlantikannya bersama Erra Fazira sebagai duta pelitup muka Himaya yang berlangsung di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada Selasa.

Pemenang tempat ketiga AJL35 itu mengharapkan netizen agar lebih berhati-hati dalam meninggalkan kritikan agar tidak mengguris hati mana-mana pihak.

Mungkin dia ada menangis tapi saya percaya dia akan cepat bangun balik.

WANY HASRITA

PENYANYI

"Saya bukan cakap pasal Nabila sahaja, tapi secara umum... benda ini dah banyak kali terjadi, orang luar kutuk artis. Kita semua memang tak boleh kawal keyboard warriors ini.

"Mungkin kita tak boleh nak ubah mereka tapi saya harap mereka beringatlah sebelum taip sesuatu.

"Kalau kita rasa apa yang kita tulis itu menyakiti hati orang, baik kita tak payah tulis," ujarnya lagi.

Wany yakin Nabila kuat berdepan dugaan.

Dalam final AJL35, Nabila yang membawakan lagu Peluang Kedua terkucil di pertengahan persembahan sehinggakan namanya menjadi trending di media sosial.

Malah, persembahannya itu turut mendapat perhatian meluas daripada rakan artis sendiri yang mana ada yang mengutuk dan ada juga yang mempertahankan Nabila.

AJL35 menobatkan lagu Gila nyanyian Kaka Azraff, Noki dan Loca B sebagai juara, tempat kedua menjadi milik Aina Abdul menerusi lagu Semalam dan lagu duet Wany dan Datuk Jamal Abdillah, Dibelenggu Rindu berada di kedudukan ketiga.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain